Saturday, April 18, 2009

Sungguh Aku Cinta




Sinopsis

Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Kasih yang diharap meneduh dan melindunginya terhenti apabila Azhan memilih untuk menikahi Sofia. Meskipun bukan pintanya hal itu terjadi, namun Maira harus mendepani takdir. Tidak dibiarkan diri lemas tenggelam dalam lautan kecewa, Maira bangkit dengan kekuatan semangat yang masih bersisa untuk membangunkan kembali sebuah kehidupan.

Tekad Fajar tidak mahu memikirkan soal cinta selagi puncak Kalla Pattar belum dapat ditawan akhirnya lebur apabila dia bertemu dengan Maira. Kali pertama bertentang mata, hatinya sudah ditusuk panah cinta. Namun hati si dia bagaikan tidak terusik dengan aura cintanya. Salam kasihnya dibiarkan sepi tanpa peduli.

Pertemuan demi pertemuan meyakinkan Fajar bahawa ALLAH telah menyuratkan jodohnya dengan Maira. Lalu dia terus memburu, menggempur dan akhirnya berjaya menawan hati Maira. Dilamun cinta nan indah, Fajar dengan Maira menyulam impian untuk hidup bersama di alam rumah tangga.

Rasa kesal melepaskan kilauan sebutir permata yang menjebak hati Azhan membuatkan dia bertekad untuk mengambil Maira kembali, sekalipun dia tahu tangannya pasti akan tertusuk duri. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira sama ada Azhan berbahagia, sudah tunggang-terbalik atau telungkup rumah tangganya, dia peduli apa. Azhan bukannya kahwin paksa, sebaliknya dia berkahwin dengan wanita pilihan hati. Bukan setakat nanar, tetapi dia menjadi separuh gila selagi dia tidak mengahwini Sofia. Kesudahannya ...



Jutaan terima kasih kepada warga Alaf 21 yang mengusahakan penerbitan novel ini, terutama kepada Saadi yang sangat sabar mengeditnya. Terima kasih kepada En. Norden atas dorongan dan motivasi.

Kepada peminat novel, sudikanlah menatap buah tangan yang terbaru daripada Kak Anis. Bagai yang tertulis, sama ada pahit atau manis, Kak Anis terima komen dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya tak dapatlah hendak dipenuhi kehendak semua pembaca yang berlainan citarasa.

Selamat membaca!

Tuesday, April 14, 2009

Wajah baru

Suara Hati dan Yang Terindah berwajah baru.



14 April - 16 April 2009, kak anis berkursus/mesyuarat di Everly Resort Hotel, Melaka.

Friday, April 3, 2009

Tak tau nak beli apa ...

Tahun-tahun sebelum ni hadiah drp Z selalunya berupa beg tangan yang memang agak unik dari segi bentuk dan design kerana katanya, kalau kak anis beli sendiri mesti fesyennya untuk dibawa pergi sekolah ... takkan kak anis beli yg comel dan trendy.

Tapi tahun ni tersangatlah comel hadiahnya. Kata Z, dia dah tak tau nak beli apa.


Tengok kotak dan ribennya, kemain lagi. Suspens ...

Terkezut apabila penutup kotak dibuka. "Ni ke hadiahnya?"

"Ya, nilah hadiahnya!" jawab Z sambil tergelak-gelak. April Fool!

1 April



Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia kak anis. Terima kasih kepada mereka yang mengirimkan ucapan dan doa. Moga yang mengirim juga sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati ALLAH SWT hidupnya.

Seperti tahun2 sebelum ni, sekali lagi Mama Jambu, Sarrahany, Huda dan CT mengirim bunga dan kek. Terima kasih banyak2 kak anis ucapkan.

Tetapi memandangkan tiada siapa di rumah, setelah menelefon kak anis, si penghantar menitipkannya di rumah jiran. Berdasarkan alamat, dia menelefon suami kak anis. Lalu dialog antara mereka jadi lebih kurang begini (...spt yg diceritakan oleh Z)

Steven: Siapa Anis Ayuni?

Z : Oh, tu girlfriend I!

Steven: Err ...(tergamamlah kot ...) ni ada orang hantar bunga dengan kek.

Z : Hari ni birthday dia. You diam2 ya, jangan bg tau my wife.