Monday, June 1, 2009

Selamat bercuti sekolah ... buat guru dan murid2

Salam buat semua,

moga sihat sejahtera dan ceria selalu. Dah lama tak ada n3 baru. Hmm ... memanglah 'rumah' ni asyik bersawang ... hari sekolah dan cuti seperti sama sahaja.

Walaupun cuti sekolah dua minggu (ada hari2nya kena gak pergi sekolah), Kak anis tak Cuti-cuti Malaysia kerana sibuk pindah rumah. Walaupun dekat aje, iaitu dari BK 5 ke BK 8 Bandar Kinrara, tapi sibuknya bukan main lagi. Masih banyak yang belum beres hinggakan sangat letih dibuatnya.

Hari ini kami uruskan talian telefon. Katanya seminggu tak ada talian internet. Jadi seminggu jugalah kak anis 'bercuti' daripada melayarinya. Buat pengunjung blog kak anis, singgahlah juga. Insya-ALLAH kita akan berjumpa lagi.

Salam manis,
kak anis

p/s Nak citer sikit pasal sambutan hari guru di sekolah. Kak anis tak jadi masuk acara telematch kerana tiba2 naik nama naik untuk karaoke. Berduet pulak tu dan pasangannya pun dah ditetapkan. Jadi kak anis dan Cikgu Ab. Gani pilih lagu Semalam Ku Bermimpi nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma. Just for fun, tapi tak sangka kami jadi johan. (Kak Meen mesti tak percaya nih!)