Sunday, February 3, 2008

Seminar

Makanya kak anis pun pergilah menghadiri seminar. Memanglah rasa berat hati kerana 1 Februari kan cuti, tapi kenalah ikut arahan. Tempat seminarnya pun dah diubah ke Hotel Grand Seasons. Seminar pada hari pertama berakhir pukul 11.15 malam. Mak aii ... penatnya duduk mendengar wakil dari IPTA mempromosi universiti masing2. Kalau ada bengkel atau LDK lainlah juga ... boleh bergerak dan berbincang dalam kumpulan. Taklah bosan duduk berjam2.

Program hari kedua pun begitu. Bermula dari 8.15 pagi hingga 11.15 malam. Berhenti untuk makan dan solat sahaja. Untuk sesi sebelah petang, kak anis macam dah tak larat nak dengar, apatah lagi sebelah malam. Kepala dah rasa semacam dan tengkuk pun sakit. Jadi hanya badan dalam dewan seminar, fikiran dah melayang entah ke mana.

Pada hari ketiga kami dibawa ke KL Sentral untuk menyaksikan pameran IPTA dan IPTS. 12 tengah hari balik semula ke hotel untuk check out.

Home sweet home ...

No comments: