Sunday, March 30, 2008

Bengkel penulisan kreatif PNM

Pada 22 Mac 2008 (Sabtu), Kak Anis dan Pn. Norzailina Nordin telah dijemput oleh pihak PNM untuk mengendalikan Bengkel Penulisan Kreatif di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Bengkel bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah PNM, Yg Bhg. En Raslin Abu Bakar.



Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih 60 peserta daripada berbilang bangsa.




Mersik pun ada.





Bersama kumpulan pelajar sekolah yang turut menghadiri bengkel

Bengkel berakhir kira-kira jam 4.00 petang. Terima kasih kepada PNM kerana sudi menjemput kami. Juga ucapan terima kasih kepada Hasliza yang selalu berhubungan utk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Kepada semua peserta bengkel, selamat berkarya!


23 Mac 2008 (Ahad), Kak Anis dengan ditemani Kak Meen ke Kolej Aminuddin Baki, UPSI. Mereka mengundang Kak Anis untuk 'bercerita' tentang dunia penulisan dan kerjaya sebagai guru. Tetapi mungkin silap perancangan, maka program yang sudah diatur, tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Kecewa juga ...

Kemudian perjalanan pulang diiringi hujan lebat hingga sesekali bagaikan tidak nampak jalan. Pemanduannya menjadi sangat mencabar. Mujurlah Kak Anis tidak bersendirian. Terima kasih ya Kak Meen!

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam ceria kak anis..
borang penceramah tu akak tak tandatangan..so sy pulangkan semula utk diisi t.t.
bila dah siap,mohon akak pulangkan kpd sy utk bayaran.
TK

anisayuni said...

Aduhai,akak terlupa. Yg ingat nak minta tandatangan pengetua. Maaf ya sb menyusahkan. Kalau dah terima, nanti borang tu akak kembalikan masa pesta buku.

Anonymous said...

kak anis..
tgk gambar kak anis dan pn. norz kat Utusan melayu 31/3..dok terpampang gambar sorang2 sebelah KP PNM..
skang paper cutting tu ada dekat papan kenyataan kat HQ..hehehee..takder satu pun muker teman inteprem...

anisayuni said...

kak anis dah tengok. Cadangnya nak amik gambar dan tepek kat sini sebab inilah kali pertama keluar berita kat Utusan Melayu. Diapit Ketua Pengarah lagi ... phewitt ...