Sunday, April 6, 2008

Seribu Kali Sayang



Sinopsis

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.


Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.


Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?


* SERIBU KALI SAYANG ... 'baby' Kak Anis yang ketujuh ni lahir masa Pesta Buku 2008 di PWTC. Pada awalnya Kak Anis ingat buah tangan terbaru ni dapat dibawa ke Pesta Buku Brunei, tapi apakan daya ketika itu SERIBU KALI SAYANG masih dalam proses cetakan. Aduhai ...

Buat peminat novel, terimalah SERIBU KALI SAYANG seadanya.

7 comments:

Norabella said...

Tahniah..tahniah...seronoknya...tak sabar nak pergi grab...

Azmir Ismail said...

Memang saya terkejut tgk buku tu masa pergi gerai Alaf21 pada ptg Ahad. Ingatkan nak just tegur Kak Anis sahaja. Tgk buku tu .. terus niat untuk tunggu Kak Anis balik dari solat Asar. Syukur dapat beli buku, dpt tandatangan Kak Anis dan bergambar sekali :-)

InsyaAllah, it will be a yearly event ! :-)

ps/ baru mula membaca novel ini. Nampaknya sentuhan bisa Kak Anis sudah kembali :D

nacha said...

Kak Anis, sy dah khatam bc 1000 x syg. best sgt. really mengimbau kenangan sy ke Padang & Bukit Tinggi dulu. cuma ada 1 tpt yg sy nak tanya sama ada Abby & Faiz ada jejak atau tak. x ingat apa nama tpt tu. tapi kat situ ada pantai & kat tepi pantai tu ada tugu Malim Kundang yg kena sumpah tu. jalan nak ke situ mmg berkelok2. shopping kat Pasar Atas mmg happening.

anisayuni said...

Bella ... terima kasih. kalau ada kesempatan, baca ya!

omecool20 ... setahun sekali kita jumpa. tkasih kr terus memberi sokongan.

nacha ... lega kr nacha menyukai 1000 x sayang. kak anis tak sempat ke tempat yg nacha kata tu. Masa kat Padang dan Bukit Tinggi, kak anis rasa mcm balik ke kg sendiri. Kak anis suka pemandangan swah padinya ... indah.

.mS.hUnNy. said...

salam ukhwah kak anis..

sedih sekali kan kisah yang kak anis tulis tu..seorang adik takkan sanggup melukakan hati seorang kakak yang teramat-amat dikasihi..tak sabar rasanya nak gi beli buku tuh..

Anonymous said...

jom semua beli SKS.. muz sendiri nak beli 3 buku ni.. siap nak bg hadiah kpd teristimewa ni.. hehe

Cikmin said...

Salam Kak Anis,

Wah...lambat betul saya beri komen pasal isi dalam novel ni..saya beli tahun 2008..saya jadi obses nak pergi padang bukit tinggi tu sebab isi dalam novel ni..hihi..saya sampai ke setiap tempat yang diceritakan..ke hotel tu jugak..cuma tang kelok2 tu macam ada yang missing..tapi saya dan hubby enjoy sangat sebab masa tu we all celebrate enibeseri yang ke 11.. :)