Wednesday, May 28, 2008

WW Astro Awani - part 2

Mengenangkan kak anis tak pernah ke Wisma Bursa Saham dan hubby tak sempat nak menunjukkan arah jalan pada hari sebelumnya, maka kak anis ke sana dengan menaiki LRT ... mujurlah Luqman ada utk menemankan. *Memang kak anis fobia naik teksi setelah dengar macam2 cerita.*

Kak anis parkir kereta di Stesen LRT Bukit Jalil. Alhamdulillah pukul 10.30 pagi, kami sampai di Astro Awani. Elok juga sampai lebih awal kerana ada masa nak berbincang dengan Dang Suria, Fiza dan Azlina tentang slot kak anis selama 12 minit. Ya laa ... nak juga tau soalan-soalan yang akan diajukan. Kalau tak nanti meraban dan tergagap2 pulak nak menjawab.





Sambil menunggu tu, sempat pula bertemu dengan Arfan, tetamu untuk slot pertama. Kami berjiran rupa2nya kerana Arfan tinggal di Bukit Jalil.

Kak anis dgn Azlina ... seorang peminat novel.

kak anis dengan Fiza

Keramahan semua staf membuatkan kak anis berasa sangat selesa sepanjang berada di sana. Terima kasih WW Astro Awani kerana sudi mengundang kak anis ke studio.

Dang, Fiza n Lina ... terima kasih atas pertemuan yang manis ...

3 comments:

BLOGGER said...

bestnyaa... pi astro

anisayuni said...

keramahan staf di sana membuatkan kak anis berasa selesa. Dang Suria ... soooo sweet.

p/s Muz, tak jadilah nak kirim beli acuan tu sb tak nak nyusahkan.

Lily Haslina Nasir said...

Tahniah untuk kak Anis! Eh, kak Anis pun fobia kalau naik teksi ye.... Ingatkan kita aje yg boleh jadi terketar-ketar kalau naik teksi:-(