Tuesday, January 1, 2008

Beijing dan Shanghai - part 1

Salam buat semua. Selamat menyambut Tahun Baru 2008.

Moga sihat sejahtera dan berbahagia selalu. Kak Anis nak berkongsi pengalaman bercuti di Beijing dan Shanghai pada 04 Dis - 10 Dis 2007. Baru kini ada kesempatan untuk menulisnya.

Kami pergi dalam kumpulan seramai 30 orang termasuk Hj. Shahrom, pemandu pelacong dari POTO Travel. Kak Anis sekeluarga, Akmel, Zaini dan Kamal dengan keluarga masing-masing, Kak Miss (kakak Kak Anis) dan Nik. Kami menaiki kapal terbang Cathay Pacific dan transit di Hong Kong selama dua jam sebelum meneruskan perjalanan ke Beijing. Kami sampai di hotel penginapan pada waktu malam.


Hari pertama

Selepas bersarapan kami terus ke Medan Tiananmen dan Forbidden City @ Kota Larangan. Keadaan di sekitarnya sama yang Kak Anis gambarkan dalam novel Kau Kekasihku.


Kemudian kami ke pusat herba. Di sini ada urutan tapak kaki. Memanglah sangat melegakan kerana tapak kaki diurut setelah kami berjalan sejauh hampir 4 kilometer di Medan Tiananmen dan Kota Larangan. Selepas itu kami ke masjid untuk solat. Makan tengah hari dan ke tempat jualan ubat lagi. Arghh! Bukan sahaja bebudak, tapi orang dewasa pun tak suka. Apabila ada yang merungut kerana kami belum lagi dibawa ke tempat membeli-belah, Hj. Shahrom menjelaskan bahawa tempat-tempat ini memang 'wajib' dilawati kerana sudah ditetapkan oleh kerajaan. Apapun, yang pasti pemandu pelancong dari agensi pelancongan di negara China yang memandu kami sepanjang di sini mendapat komisyen daripada jumlah barangan yang kami beli.

Pada waktu malam kami menyaksikan pertunjukan akrobatik.

Hari kedua

Kami ke kedai-kedai yang menjual jade, kristal dan pelbagai perhiasan rumah. Selepas makan tengah hari, kami ke Tembok Besar China @ Great Wall of China. Untuk lawatan kali kedua ini, Kak Anis dari bahagian tembok yang lain. Mencungap mendaki anak tangga sampai rasa macam tidak boleh hendak bernafas. Hidung seperti sudah terasa kerana kedinginan yang mencengkam. Namun akhirnya sampai juga ke paras yang membolehkan kami 'mendapatkan' sekeping kad sebagai bukti kami sudah mendaki Tembok Besar.


Dari Tembok Besar, kami ke ski resort. Anak-anak (lebih kurang 8 orang) belajar bermain ski. Tunggang-langgang dan asyik jatuh sahaja kerana kali pertama mencubanya. Setelah agak lama, barulah boleh meluncur laju, walaupun sesekali masih jatuh dan berlaga sesama mereka.

No comments: