Wednesday, May 28, 2008

Anugerah Pilihan Pembaca


Majlis penyampaian Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008 telah diadakan pada 27 Mei 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 10 penulis telah disenarai pendek dalam setiap kategori. Untuk kategori fiksyen (Bahasa Malaysia), antaranya ialah Damya Hanna (Senafas Rindu ~ ALAF 21), Sharifah Abu Salem (Biar Rindu Berlalu ~ ALAF 21), Aina Emir (Bunga-bunga Kemboja ~ KarnaDya), Eita Ashyta (Kasih Seharum Lavender ~ Kaki Novel), Bikash Nur Idris (Atas Nama Cinta ~ Fajar Pakeer), Izzul Izzati (Kuseru Kasihmu ~ Kaki Novel) dan Fauziah Ashari (Cinta Tiada Akhirnya ~ Intens).


Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Ong Tee Kiat, Menteri Pengangkutan. Alhamdulillah kerana kak anis telah terpilih memenangi Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008 dalam kategori fiksyen. Novel BAYANGAN RINDU telah dipilih pembaca daripada 10 novel yang dipertandingkan. Aisya Sofea pula memenangi tempat kedua dengan novelnya, BUATMU KEKASIH, sementara Norhayati Berahim di tempat ketiga dengan novelnya, Murni Kasih.





Kak anis, Izzul Izzati dan Eita (penulis2 Kaki Novel) sebelum majlis bermula.


Kak anis dengan Fazli Yusof, pemenang kategori bukan fiksyen (Bahasa Malaysia)



Kak anis dengan En. Norden, GM Alaf 21




Jutaan terima kasih kepada semua peminat novel yang telah mengundi kak anis. Tanpa anda semua, siapalah Anis Ayuni.

11 comments:

BLOGGER said...

tahniah kak anis kerana berjaya tempat 1. semoga dengan kejayaan ini akan membakar semangat untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang lebih baik

anisayuni said...

Insya-ALLAH Muz. Terima kasih sangat2 atas sokongan yg berterusan ...

Anonymous said...

tahniah kak anis..tgk memang banyak potensi utk berjaya tambahan kat suratkhabar,ada carta buku terlaris di MPH & 1 lagi kedai buku ( lupa dah...)sumer buku akak.
teruskan usaha & keep it up!!

Azmir Ismail said...

Tahniah Kak Anis :-) Saya ada buku yang menang. Saya beli buku itu di Pesta Buku 2007 :-) Siap diautograf lagi oleh Kak Anis :D

Unknown said...

Salam Kak Anis...
Bayangan Rindu memang best. Kisah cinta Iddya dan Umar Aisy mengasyikkan. Seronok bila tengok Umar Aisy sabar mengejar cinta Iddya... sabar sabar... Tahniah Kak Anis. Tahun depan, Seribu Kali Sayang pula menang, insyaALLAH. Amin.

anisayuni said...

idzaris ... terima kasih atas ucapan. Doakan kak anis sihat dan diberikan idea dan ilham untuk terus berkarya.

anisayuni said...

omecool20 ... kita juga bertemu di Pesta Buku 2008. Terima kasih kr terus menyokong kak anis

anisayuni said...

Salam kembali buat od ... terima kasih byk2. Mudah2an Seribu Kali Sayang dgn segala kelebihan dan kekurangannya juga mendapat tempat di hati pembaca. Insya-ALLAH

nacha said...

bravo.. congrats Kak Anis. semoga dgn penerimaan anugerah ini akan menambahkan semangat Kak Anis utk menulis & menghasilkan karya yg lebih mengancam. cayalah...

anisayuni said...

nacha ... terima kasih byk2 kerana sering memberi sokongan dan dorongan semangat untuk kak anis terus berkarya.

NAJIHA said...

salam.kak anis, tahniah!
semoga terus sukses dimasa hadapan.
suka sgt dgn novel2 akak!
rugi kalau tak beli =)
luv u kak anis!!!