Monday, May 5, 2008

Kenangan di Pesta Buku Kelantan

Alhamdulillah setelah bertahun2, akhirnya kak anis menjejakkan kaki sekali lagi di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kunjungan kali ini bertujuan untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Kelantan 2008 yang diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB. Kak anis ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminat2 novel yang sudi singgah di gerai Alaf 21 untuk beramah mesra dan mendapatkan autograf.






kak anis snap gambar ni di airport ... masa tunggu Lina dgn Saadi ambil beg









Bergambar di hadapan rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka






Pemandangan dalam pasar Siti Khadijah. Di tingkat 2, kami beli kain batik dan kain tudung. Rambang mata weh ...








Lauk-pauk yang dijual di Gerai Yati ... gulai kawah dan ayam percik kat gerai ni sungguh istimewa.









Ada puding karamel ... kesukaan Nazmi n Ifti Liyana dalam Manisnya Cinta


















Kat lobi hotel penginapan - Hotel New Pacific







Tak sangka jumpa Wan Amalyn di Kelantan. Terima kasih atas sokongan ...









Begitu juga dgn Muz. Kak anis ingat Muz main2 jer cakap nak balik Kota Bharu. Terima kasih ya kr sudi singgah ...

10 comments:

BLOGGER said...

hehe kak anis.. mak oii gambar makanan pun take pic gak. nih buat buat terliur ni.. balik sambil2 jumpa parent.. singgah lah kat alaf21 jumpa kak anis, kak norzailina. pi kat PWTC tak dapat jumpa.. jodoh di kampung halaman.. hehe

Fahidayati Ramli said...

kak anis, saya dah baca 1000x sayang. superb!!! double thumb untuk kak anis.

ada beberapa soklan nak tanya nih.
1. kak anis mmg penah kenal ke faridatul amla? sebabnya saya pun ada kawan nama camtu. org phg. is she the same person? saya penah satu skolah ngan dia kat mrsm kuantan.

2. best ke gi bukit tinggi/padang? sebab selama ni tak penah terfikir nak gi indonesia... tapi bila baca 1000x syg, mcm teruja nak gi bukit tinggi esp. maninjau resort yg atas bukit tuh.

one more...
muzri ni... macam nama ayah abby lah. pak mus! hehehee... jgn marah!

BLOGGER said...

aduhai...pak mus lak.. nih mesti pengaruh seribu kali sayang ni.. hehe.. watak tua lak jadinya.. orangnya muda lagi ni fahidayati.. hehe

anisayuni said...

Muz ... menarik sungguh makanan yg disaji dan pelbagai pulak tu. Mlm kedua tu mulanya kami cadang nak ke Wakaf Che Yeh (oppss ... betul ke ejaan ni?), tp tak jadi sb dah kepenatan. Agaknya kalau pegi, mungkin jumpa Muz kat situ ...

anisayuni said...

tkasih ida kr luangkan masa baca 1000x sayang.

1. Faridatul Amla tu ngajar kat skolah kak anis. Dia ajar subject sains. Nanti esok kak anis tanya dia kenal tak ida ... e-mel no h/p ya

2. Kak anis rasa best pegi Padang/Bukit Tinggi mungkin kr kami pergi adik-beradik. Jadi mcm rasa balik kg. Kain telekung dan baju sulam murah kat sana.

Ttg Pak Mus, memang kak anis pinjam nama Muzri. Menarik nama ni ..

BLOGGER said...

kalau kak pi wakaf che yeh. sekarang musim buah mempelam, orang kelate panggil buah pauh.. mmg best la.. mesti kak tengok terliur.. manis, kalau nak yang masam-masam manis, beli yang muda sikit..

tapi kalau kak pi hari tuh.. mmg ramai orang.. sebab hari cuti.

1000 kali sayang mmg best.. mula2 pening gak masa kat indonesia. tapi selepas balik malaysia.. mmg supersub.. terima kasih sebab ada jugak watak muzri.

Anonymous said...

Kepada anda yang kena tag: Jawablah sekiranya anda mahu ( kerna aku tak memaksa...). Sekiranya sibuk dengan tugas-tugas abaikan sahaja. Minta maaf kerana anda orang yg istimewa, yang telah aku tag.

ceritakan:
story 7 things about myself.

selamat menjawab!!

anisayuni said...

Muz, lain kali kalau ke KB, kak anis akan singgah ke wakaf che yeh. katanya di situ orang berjualan sampai dinihari. 4 ur in4, masa balik kami berjaya 'seludup' dua kotak buah mempelam. Kelakar + risau tengok gambar buah2 tu masa kotak 'dix-ray' sb pengawal yg jaga tu kata tak boleh bawa. Tapi mujurlah akhirnya lepas.

anisayuni said...

ida ... akak dah tanya pd Faridatul Amla. Mmg dia kenal Ida dan pesan minta no h/p. it's a small world eh!

anisayuni said...

idzaris @ Liza .. kak anis amik masa lama sikit ya nak jawab soklan tu.