Saturday, April 12, 2008

Secebis kisah di gerai Alaf 21


999 KALI SAYANG!


8 April, Selasa ~ SEORANG kakak melepaskan geramnya kepada Chenord, Pengurus Besar kami kerana menantikan novel Seribu Kali Sayang yang kehabisan stok. Sebaik sahaja novel itu sampai dari kilang, dia terus mengadu, “Saya tunggu lebih sejam untuk dapatkan novel ni! Lama sangat!”

Mendengarkan keluhannya, Chenord segera memujuk, “Nasib baik kakak tak 999 Kali Sayang! Kalau 999 kali, tentu kakak balik dan tak dapat novel Seribu Kali Sayang ni!”

Mendengar gurauan Chenord, kakak itu terus tertawa lebar lalu mengangguk mengiyakan


* Kak anis ambil coretan ni dari web Alaf

Sunday, April 6, 2008

Seribu Kali Sayang



Sinopsis

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.


Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.


Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?


* SERIBU KALI SAYANG ... 'baby' Kak Anis yang ketujuh ni lahir masa Pesta Buku 2008 di PWTC. Pada awalnya Kak Anis ingat buah tangan terbaru ni dapat dibawa ke Pesta Buku Brunei, tapi apakan daya ketika itu SERIBU KALI SAYANG masih dalam proses cetakan. Aduhai ...

Buat peminat novel, terimalah SERIBU KALI SAYANG seadanya.

Gambar kenangan sekitar Pesta Buku 2008


Azhan, Rose Harissa n Kak Anis










Depan: Kak Anis n Aleeya. Belakang: Kak nOOr, uda, notie n Jihan







Sempat bertemu dgn John, Syud dan dah tentulah KakSu ketika Kak Anis singgah di gerai Jemari Seni.



Kami berbaju warna coklat pada hari Ahad











Kak Anis dgn Fidah ... teman yg mengusahakan manuskrip Suara Hati dihantar ke Alaf 21



Kami bersama-sama Jihan











Bersama-sama Watie n Shidi dr Ipoh.

Thursday, April 3, 2008

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2008

Buat kesekian kalinya, Pesta Buku Antarabangsa akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 - 13 April ini. Orang ramai dijemput hadir ke booth Alaf 21. Pelbagai jenis buku seperti novel, buku motivasi, resipi, kraf, kitab-kitab dan buku umum ada dijual di sana dengan diskaun yang menarik.

ISNIN - KHAMIS 10.00 PAGI - 7.00 MALAM
JUMAAT - AHAD 10.00 PAGI - 9.00 MALAM

Insya-ALLAH Kak Anis akan ke berada di booth Alaf pada setiap Sabtu dan Ahad. Jumpa anda di sana!


* Untuk jadual penuh kehadiran penulis, sila layari laman web Alaf 21

Wednesday, April 2, 2008

Sejambak mawar merah ...

Kak Anis suka sangat jambangan mawar ini hingga meminta si Luqman merakamkan gambarnya dari pelbagai sudut.










Teddy bear yg warna cekelat hadiah drp Danial dan Luqman. Teddy bear putih drp Huda, CT, sarahanny n mamajambu













Nampak berminyak muka sebab gambar ni dirakam masa Kak Anis baru balik dari sekolah.

Kak Anis ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar kiriman ucapan. Juga terima kasih kpd mamajambu, sarahanny, CT n Huda yang susah-payah mengirim melalui pos jambangan mawar kuning, kek, teddy bear dan lampu tido yang cute. Begitu juga kepada Widad yang menghadiahi Kak Anis 'menara berkembar KLCC' dan hadiah yg comel drp Kak Meen.

Tuesday, April 1, 2008

Berkongsi tarikh hari lahir ...

Kak Anis dengan Bakhtiar, anak sedara berkongsi tarikh hari lahir ... 1 April. Tiar lahir ketika Kak Anis di Tingkatan Satu. Bererti kini Tiar berusia 32 tahun dan Kak Anis pula 25 tahun ..... + 20.

Buat Tiar, selamat menyambut hari lahir. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh.