Friday, October 30, 2009

Annual dinner Saujana

Sabtu - sebelah malamnya kak anis menghadiri majlis makan malam tahunan kelab staf sekolah di Saloma Bistro. Temanya retro. Puas pusing keliling cari baju retro kerana kalau ada pun simpanan baju tahun 70-an, gerenti dah tak muat. Akhirnya jumpa sehelai yang ala2 retro (sebenarnya baju fesyen terkini).


Bergambar dengan guru2 selepas majlis.




Finalist yang berbaju retro - siap dengan spek hitam bingkai putih


Pemenangnya Wan Nasruhazli (siap ada setompok jambul palsu) dan Fadlina


Ni yang sewa baju. Hazira (penulis buku senaman yoga) dengan Faizal yg merupakan MC pada malam itu.


Ni Faizal bergambar dengan isterinya, Ustazah Fatimah.

Dalam majlis2 begini saja boleh buat gila2 sikit, tapi di sekolah kami tetap serius dan komited mendidik anak bangsa.

Sekarang ni cikgu2 tengah pulun dengan Latih Tubi Berfokus SPM dan menyemak kertas jawapan peperiksaan akhir tahun kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4

Wednesday, October 28, 2009

Majlis kahwin Anne

24 Oktober (Sabtu) - kak anis dengan Z ke Kuantan untuk menghadiri majlis kahwin Anne. Pergi berdua saja kerana Luqman demam dan Danial menemaninya di rumah. Mulanya ajak Kak Meen pergi, tapi dia juga tak sihat. Selepas makan nasi minyak dan lauk-pauk yang sungguh enak, kami minta diri kerana sebelah malam ada majlis yang perlu kak anis hadiri.

Sebahagian daripada barang2 hantaran drp pengantin perempuan




Gambar mak yang terbaru.


Emir (anak sulung Farhah) baru berusia seminggu. Dah tak ingat Emir ni cucu sedara kak anis yang ke berapa.

Friday, October 23, 2009

Hari terakhir PMR ...

Nak cerita sikit pasal PMR yang dah berlalu. Biasanya pada hari terakhir memang macam2 benda yang bebudak ni buat untuk meraikan tamatnya exam. Jadi kami pun beri peringatan tentang perkara2 yang mesti dipatuhi dan dilarang.

Sebagai langkah berjaga2, sebelum masuk ke bilik peperiksaan, mereka diarah meninggalkan beg di Dewan Reflesia. Masing2 memang tidak menyangka arahan ini dan seketika keadaan menjadi kecoh sedikit. Apapun, mereka tiada pilihan apabila 'dipersilakan' ke bilik peperiksaan.

Jadi kami memulakan operasi memeriksa setiap beg. Macam2 ada - maskara, gincu, bedak, kasut tumit tinggi, baju (ni mesti lepas exam dah rancang nak pergi merambu), telefon bimbit, mercun dll. Mujur tak ada yang bawa tepung kerana sehari sebelum cuti Aidilfitri, dah ada muka yang berlumur tepung. Teruk betul bebudak nih!


Keadaan di Dewan Reflesia dgn guru2 menjalankan operasi


Telefon bimbit yang merupakan barang larangan dibawa ke sekolah disembunyi dalam kasut.

Mercun pun dia orang bawak. Nakkal sungguh!

Nota-nota dan surat cinta yang disusun rapi di dalam kotak.

Monday, October 19, 2009

Isabella dapat anak kembar lima!


Anak-anak Isabella - lima ekor kesemuanya. Patutlah perutnya besar sangat masa bunting. Terjerit Z kerana dah ada sembilan ekor kucing dalam rumah!


Isabella dengan anak2nya yang berebut2 nak menyusu

Isabella n d kids

Berparti sampai pagi

Wah, nostalgia zaman kak anis di kampung dulu berulang lagi! Masa tu apabila jiran berbangsa Sikh mengadakan majlis kenduri kahwin, kami rasa macam nak pindah rumah kerana tak tahan dengar bunyi gelak ketawa dan muzik sampai pagi. Mungkin Kak Meen masih ingat antara lirik lagunya, Nipenje' Nipenje' ...

Malam tadi sampai pukul 3 pagi bunyi gelak ketawa, terjerit2, berteriak2 masa menari dan muzik yang membingitkan telinga tanpa henti dari rumah jiran membuatkan kami tak boleh tidur.

Kata Z yang selalu berkompromi, "Tak apalah, raya dia setahun sekali." Akhirnya dia menonton tv.

kak anis pula pindah tidur di bilik tetamu. Sudahnya kak anis kesiangan. Mujur hari ni cuti. Esok pun cuti, tapi kena pergi kursus sampai Khamis. Apa nak buat, kena ikut arahan, walaupun di sekolah kami sedang sibuk dengan Program Latih Tubi Berfokus SPM dan kak anis perlu beri markah untuk borang prestasi guru2.

Sunday, October 18, 2009

Jamuan raya

Kami mengadakan jamuan Aidilfitri pada hari Deepavali. Sebelum tu dah ada jamuan untuk warga Saujana, kenalan dan sanak-saudara

Kak anis dengan Fairuz dan Ayeen


Antara staf Alaf 21 yang datang

Kak anis, Kak Iris, Fira dan Kak Meen

Untuk semua novelis Alaf 21, janji temu kita di rumah kak anis pada 01 November 2009, jam 10 pagi. Ada demo masak lasagna oleh chef selebriti + novelis Norzailina. Temanya masakan Itali. Jadi ala-ala pot luck gitu ...

Deepavali

Selamat menyambut hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu



Kolam yang dibuat di Dewan Reflesia (sekolah kak anis)

Tuesday, October 13, 2009

Sana sini open house ...

Sabtu (10 Oktober 2009) - pagi lagi kak anis dah ke sekolah untuk menghadiri program Latihan Dalam Perkhidmatan yang diatur bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Macam biasalah, kehadiran adalah wajib.




Setelah tiga slot ceramah, pada pukul 12.30 tengah hari kami ke Dewan Ixora untuk Majlis Rumah Terbuka Saujana sempena Aidilfitri.



Sampul ketupat dianyam dua hari sebelum majlis. Istimewanya ketupat ini direbus oleh Pengetua di rumahnya.



Lemang dan rendang ayam dimasak oleh guru2 lelaki. Mereka memasak pada waktu malam dan guru2 perempuan tak dibenarkan datang. Sebabnya dia orang nak berkaraoke sambil memasak.


Dalam pukul 2, Kak anis minta izin dengan Pengetua untuk balik awal sikit kerana nak pergi ke majlis kahwin Carrie. Jangkanya boleh sampai dalam pukul 3 ptg, tapi MRR2 punyalah sesak. Jadi mohon maaf banyak2 kpd Carrie kerana tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Doa kak anis semoga Carrie dan suami berbahagia hingga ke anak cucu.

Juga ucapan Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Rizal dan Noor Aftalina yang melangsungkan perkahwinan di Tanjung Piandang, Perak. Semoga ikatan pernikahan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Bentong kerana ada jamuan rumah terbuka di rumah keluarga mentua yang dibuat selepas waktu Asar.



Pelbagai juadah disediakan. Antaranya mee hailam, sate, nasi impit, popia, wantan dan banyak lagi.



Jamuan tu juga sempena meraikan hari ulang tahun ibu mentua kak anis yg ke-86. Semoga mak sihat sejahtera, berbahagia dan dipanjangkan umur. Amin ...




Kek besday yg dibeli oleh Linda yg berkongsi tarikh lahir yg sama dengan neneknya.

Lepas Maghrib balik semula ke KL. MRR2 masih sesak. Kami berpusing sana sini cari jalan yang lega sedikit. Akhirnya hampir pukul 10 malam sampai di rumah.

Ahad: Kami beraya di rumah Pn. Latipah Omar di Puncak Jalil. Kemudian ke rumah Pakcik Raja (jiran selang sebuah rumah yang sepanjang bulan Ramadhan boleh dikatakan setiap hari tak pernah miss hantar juadah berbuka puasa), kemudian ke rumah Azhar dan Fauzi di BK5. Aduss, banyak sungguh open house!

Pot Luck


Jumaat: kami mengadakan pot luck di bilik guru. Tak semua guru ada di sekolah kerana ramai yang keluar mengawas PMR.



Antara juadah istimewa ialah mee bandung dan nasi kerabu.