Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan yang ke-52

Selamat menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara yang ke-52. Tema sambutan perayaan pada tahun ini ialah, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia





Detik kemerdekaan tanah air.

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.


Friday, August 28, 2009

Anugerah Pilihan Pembaca 2009

Majlis Anugerah Pilihan Pembaca 2009 untuk buku-buku dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris kategori fiksyen dan bukan fiksyen dianjurkan oleh Kedai Buku Popular dengan kerjasama akhbar Berita Harian telah berlangsung pada 26 Ogos 2009. Tujuan anugerah ini bagi memberi penghargaan kepada penulis-penulis tanah air. Tetamu istimewa pada hari itu ialah YM Profesor Diraja Ungku A.Aziz.

Dalam kategori fiksyen, lima orang novelis Alaf 21 telah turut tersenarai. Antaranya ialah Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Damya Hanna, Aleya Aneesa dan Kak Anis sendiri.

Keputusannya, tempat pertama dimenangi Siti Rosmizah (dari Buku Prima), kedua Aisya Sofea dan Ramlee Awang Murshid menduduki tempat ke-3. Tahniah kepada mereka yang menang!



Ramlee Awang Murshid, Kak Anis, Aisya Sofea dan Damya Hanna


Norhayati Berahim, kak anis, Damya Hanna dan Aisya Sofea



Qaisara, anak Yati Berahim ni memang cute sangat

Exam PTK

Kak Anis menduduki exam ini pada 25 Ogos 2009 (Selasa) di SMK Kiaramas, Bangsar. Exam ni betul2 menyesakkan fikiran kerana memikirkannya membuatkan kerja2 lain menjadi serba tak kena. Untuk menyedapkan hati, buku2 rujukan kak anis bawa ke sekolah. Tetapi tugasan yang tak pernah habis membuatkan buku2 itu hanya duduk di dalam beg. Langsung tak sempat nak baca masa di sekolah.

Jadi hari2 menjelang exam, ketika di rumah kak anis abaikan terus penulisan. Konon2 baca buku, tapi macam tak ingat apa yang dibaca. Pelbagai teori, kaedah, ciri2 yang semuanya jadi bercampur-aduk. (Agaknya faktor usia membuatkan kak anis sukar nak mengingat fakta).

Tiba hari exam, memanglah rasa macam pergi dengan kosong dada. Soalan2 pula berbentuk aplikasi dan setiap soalan itu kak anis rasa pasti ada dua jawapan yang betul. Lalu dibulat dahulu kedua2nya dan sebelum masa tamat, pilih saja antara dua ikut sesedap rasa.

Memang berasap kepala, ada rasa nak menjerit dan nak ikut beberapa orang yang keluar lebih awal. Tapi memikirkan mungkin mereka keluar kerana dah selesai menjawab semua soalan dan berpuas hati dengan jawapan, kak anis teruskan membaca soalan2 dengan pandangan mata yang dah semakin berkunang2.

Sepatutnya rasa lega exam dah selesai. Sepatutnya jangan fikir2 lagi, tapi menda ni tetap menghantui fikiran. Baru terfikir patutnya jawab D, bukannya C dan seumpamanya. Arghhh!!!!

Tuesday, August 25, 2009

Majlis pelancaran novel Aleya Aneesa

Majlis pelancaran novel Aleya Aneesa berlangsung pada 19 Ogos 2009. Majlis dirasmikan oleh primadona filem tanah air, iaitu Erra Fazira. Tahniah untuk Aleya!





Teman-teman penulis yang bersama-sama meraikan majlis yang bersejarah buat Aleya

Kak Anis dengan Hani Fazuha

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan yang dirindui. Selamat menjalani ibadah puasa.