Monday, July 27, 2009

*%@###+

Batuk yang berterusan membuatkan semua kerja menjadi serba tak kena. Kali ketiga ke klinik, doktor rujuk Kak Anis ke hospital. Jadi Khamis lepas, Kak Anis ke SJMC. Pemeriksaan doktor lengkap dengan x-ray sekali. Mujurlah semuanya okey. Semalam ubat batuk yang diberi dah habis, tapi batuknya tak baik2 juga sampailah hari ni. Rimas sungguh kerana tidur terganggu dan berkesudahan pergi ke sekolah dengan mata yang sembab.

Air asam jawa Kak Anis dah cuba. Hari ni Kak Anis minum pulak air lemon + honey. Harap2 sehari dua lagi sembuhlah kerana penat sungguh batuk ni!

Monday, July 13, 2009

MC

10 Julai 2009 (Jumaat), kak anis dapat cuti sakit kerana demam dan batuk. Sebenarnya sejak Januari 2009, inilah kali pertama kak anis cuti sakit dan tak pergi sekolah. Sebelum ni pernah diberi cuti, tapi kak anis masih daya dan pergi juga ke sekolah. Tapi kali ni betul2 KO ... kesan ubat yg kuat melemahkan seluruh urat sendi.

Sampai hari ni batuk belum reda. Ngajar dalam kelas pun bawa sapu tangan untuk tutup mulut masa batuk. Kata 'budak-budak nakal' dalam kelas yg kak anis ajar tu,

"Cikgu cuti laa ... ambik MC ... cian cikgu sakit."

'Hmm ... akal tak nak belajar atau mungkin tak suka guru yg mengajar, maka tak berselindung disuruhnya kak anis bercuti!' (Tak baik berprasangka kan kr mungkin bebudak tu benar2 ikhlas ...)

Sebagai 'hadiah' atas keprihatinan mereka, kak anis ambil white board marker dan tulis soalan latihan. Mengeluh bebudak tu kena buat esei. Dalam tersemput2tu sempat lagi kak anis bagi peringatan,

"Saya tau esok bila saya check buku, esei ni siap ... kalau tak siap, awak berdiri kat luar kelas ... biar jatuh saham awak!"

Sebenarnya bebudak tak kisah denda macam ni (boleh gelak2 lagi ...), tapi yg dia orang lebih takut kalau guru telefon ibu bapa ngadu masalah disiplin. Bagi Kak anis, ni cara yg berkesan utk guru2 mengajar dengan tenang, iaitu pindahkan semula masalah tu kepada ibu bapa dengan cara memaklumkan masalah anak2 mereka di sekolah. Biar ibu bapa 'basuh' anak2 mereka di rumah.

Baru aman sikit dan senang nak ngajar.

Tanjung Sepat

Sabtu lepas (4 Julai 2009) kami ke Tanjung Sepat kerana Z mengikuti program komuniti di Sek. Keb. Tanjung Sepat. Kak anis dan anak2 ikut sama kerana sebelum ni kami tak pernah sampai ke Tanjung Sepat.




Program anjuran Kuwait Finance House (Malaysia)


Z tengah susun rumput ... mencangkul tu ada laa sikit2