Monday, November 9, 2009

Loli ...

Alhamdulillah kerana dah beres menyemak kertas jawapan exam akhir tahun dan beri markah. Tumpuan sekarang untuk borang prestasi, kemudian jadual waktu, takwim dan agihan tugas guru untuk tahun 2010


Loli sedia membantu kak anis menyemak kertas jawapan

Kalau Loli dah dapat pen, tergendala kerja kak anis sekejap



Akhirnya Loli tidur setelah penat berlari-lari mengejar pen

Sunday, November 1, 2009

Demo masak ...

Memang bukan senang nak dibawa semua penulis berkumpul kerana masing2 ada komitmen, lebih2 lagi Chef Lina yg sentiasa padat jadualnya. Jadi apabila Lina beri tarikh 1 Nov, kak anis terus setuju ... lantas mengundang penulis2. Namun yg dapat datang cuma beberapa orang. Apapun, alhamdulillah kerana pertemuan itu sangat meriah dan berinformasi. Terima kasih kepada Lina, Kak Meen, Kak Iris, Lynn Dayana, Hezy, Hani kerana sudi datang ke rumah kak anis.

Kak anis dengan Cikgu Lina. Sebelum cheese cake ni masuk ke dalam oven, semua nak posing dulu ..

Lynn Dayana rajin betul. Ehem, boleh buat menantu!

Kak Iris sedang mengacau white sauce

Hani Fazuha sedang letak white sauce di atas lapisan lasagna




Danial sedang tekun belajar dengan Cikgu Lina buat cheese cake

Kecohnya apabila semua nak belajar buat lasagna

Cheese cake yang dah siap. Memang sedap!

Z masak spagetti ... ala2 spagetti yang Umar Aisy masak masa jemput Iddya dan kawan2 dtg rumah dia ... Bayangan Rindu.

Lasagna ni memang sangat enak ...