Saturday, August 30, 2008

Pertemuan 7 penulis

28 Ogos 2008 - kak anis menghadiri pertemuan/mesyuarat yang diatur oleh pihak pengurusan Alaf 21. Pertemuan di premis Alaf 21 itu dihadiri oleh Pengurus Besar Alaf 21, En. Norden Mohamed dan dua editor seniornya, iaitu Pn. Wan Rohana Wan Manaf dan Pn. Saadiah Mohamed.

Antara penulis yang hadir ialah Ramlee Awang Murshid, Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Damya Hanna dan kak anis. Dalam pertemuan itu kami berbincang tentang persediaan dan strategi untuk novel yang akan datang. Almaklum kalau tidak 'digerakkan' maka sudah tentu ada yang 'lupa' menulis atas alasan2 tersendiri.

Alhamdulillah semua penulis sedang dalam proses menghasilkan manuskrip novel terbaru, termasuklah kak anis. Walaupun dari 6.30 pagi - 3.30 ptg di sekolah, apabila tiba di rumah perlu mengutamakan kerja2 rumah dulu dan bila dah penat ... zzzzz ... dalam sibuk itulah kak anis menulis.



Ramadhan al-Mubarak



Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak, kak anis ingin memohon maaf andai sepanjang perhubungan kita di alam siber, sms dan sesekali berjumpa, kak anis melakukan kesilapan sama ada dari segi tutur kata, mahupun perbuatan sehingga melukakan hati dan perasaan anda semua tanpa kak anis sedari.

Salam sayang
kak anis

31 Ogos 2008

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51.

Friday, August 22, 2008

Kolokium Citra Dakwah dalam Novel Popular

Hari Khamis, kak anis berada di Puri Pujangga, UKM kerana menghadiri majlis anjuran Projek Penyelidikan UKM, Kumpulan Dakwah, Kerohanian Qidayah, Kelompok Pembangunan Insan & Tamadun Islam. Jemputan pada awalnya melalui SMS daripada Pn. Samsiah Mohd Nor disusuli surat rasmi drp penganjur. Sesi pertama dimulakan oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, pensyarah, Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, UIA.

Dalam Sesi kedua, Kak anis dan Pn. Samsiah membentangkan kertas kerja bertajuk Pengalaman Sebagai Novelis: Harapan dan Cabaran dalam Menerapkan Unsur Dakwah.

Bersama-sama dengan Pn. Samsiah. Dr. Fariza mempengerusikan sesi.


Zaid Akhtar turut membentangkan kertas kerja. Di sebelahnya Pn. Nisah Haron sebagai pengerusi majlis.

Antara novel2 Alaf 21 yang dikupas oleh Prof. Dr. Siti Rugayah, Dr. Fariza Md. Sham, Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin da Dr. Mawar Shafei ialah Bicara Hati, Kau Untukku, Jendela Hati, Kau Yang Satu, Manisnya Cinta, Pesona Rindu dan Kau Kekasihku. Kertas pembentangannya bertajuk, Ciri-ciri Novel Popular dan Unsur-unsur Dakwah dalam Novel Popular

Tak sangka KakSu dengan Yah juga turut hadir sebagai peserta.


Antara peserta yang menghadiri kolokium. Mereka terdiri daripada pensyarah, pegawai2 bahagian penerbitan dan pelajar2 UKM.

Terima kasih kepada Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek dan pensyarah2 dari Kumpulan Dakwah, Kerohanian Qidayah yang diketuai oleh Dr. Fariza kerana sudi menjemput saya ke majlis yang sungguh bermakna. Insya-ALLAH dipanjangkan umur kita bertemu lagi.

Majlis Pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri

Salam buat semua. Moga sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya. Memanglah dah bersawang sangat 'rumah' kak anis ni sebab dah lama tak up-date dengan n3 baru. Cuti sekolah penuh dengan aktiviti sendiri. Malam Ahad, kak anis ikut hubby ke annual dinner ofis dia di Hotel Istana. Pagi Ahad pula, kak anis ke Kuantan untuk ziarah emak ... perkara yang wajib diberi keutamaan. Selasa kak anis balik ke KL. Rabu kak anis duty di sekolah. Sebelah petangnya kak anis ke majlis pelancaran trilogi Bagaikan Puteri di Hotel Singgahsana. Tahniah buat Ramlee Awang Murshid!

Ramlee sibuk betul sepanjang majlis berlangsung. Jadi kak anis cuma dpt rakam gambar dgn poster dia.

Trilogi Bagaikan Puteri dijadikan back drop ... cantik!

Puan Ziela Jalil merasmikan majlis. Kak Pah turut sama meraikan.

kak anis dan Aida Adriani bergambar dengan bloggers (tak pasti boleh ke ditulis nickname kedua2nya?)

Penulis2 Alaf 21 yang hadir dalam majlis. Hezzy , Durrah Fatiha, Aleya Aneesa, Norzailina, Damya Hanna, Kak Anis, Eka Fahara, Sri Diah, Aida Adriani, Shanika Latisha dan Bikash Nur Idris