Sunday, October 18, 2009

Jamuan raya

Kami mengadakan jamuan Aidilfitri pada hari Deepavali. Sebelum tu dah ada jamuan untuk warga Saujana, kenalan dan sanak-saudara

Kak anis dengan Fairuz dan Ayeen


Antara staf Alaf 21 yang datang

Kak anis, Kak Iris, Fira dan Kak Meen

Untuk semua novelis Alaf 21, janji temu kita di rumah kak anis pada 01 November 2009, jam 10 pagi. Ada demo masak lasagna oleh chef selebriti + novelis Norzailina. Temanya masakan Itali. Jadi ala-ala pot luck gitu ...

Deepavali

Selamat menyambut hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu



Kolam yang dibuat di Dewan Reflesia (sekolah kak anis)

Tuesday, October 13, 2009

Sana sini open house ...

Sabtu (10 Oktober 2009) - pagi lagi kak anis dah ke sekolah untuk menghadiri program Latihan Dalam Perkhidmatan yang diatur bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Macam biasalah, kehadiran adalah wajib.




Setelah tiga slot ceramah, pada pukul 12.30 tengah hari kami ke Dewan Ixora untuk Majlis Rumah Terbuka Saujana sempena Aidilfitri.



Sampul ketupat dianyam dua hari sebelum majlis. Istimewanya ketupat ini direbus oleh Pengetua di rumahnya.



Lemang dan rendang ayam dimasak oleh guru2 lelaki. Mereka memasak pada waktu malam dan guru2 perempuan tak dibenarkan datang. Sebabnya dia orang nak berkaraoke sambil memasak.


Dalam pukul 2, Kak anis minta izin dengan Pengetua untuk balik awal sikit kerana nak pergi ke majlis kahwin Carrie. Jangkanya boleh sampai dalam pukul 3 ptg, tapi MRR2 punyalah sesak. Jadi mohon maaf banyak2 kpd Carrie kerana tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Doa kak anis semoga Carrie dan suami berbahagia hingga ke anak cucu.

Juga ucapan Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Rizal dan Noor Aftalina yang melangsungkan perkahwinan di Tanjung Piandang, Perak. Semoga ikatan pernikahan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Bentong kerana ada jamuan rumah terbuka di rumah keluarga mentua yang dibuat selepas waktu Asar.



Pelbagai juadah disediakan. Antaranya mee hailam, sate, nasi impit, popia, wantan dan banyak lagi.



Jamuan tu juga sempena meraikan hari ulang tahun ibu mentua kak anis yg ke-86. Semoga mak sihat sejahtera, berbahagia dan dipanjangkan umur. Amin ...




Kek besday yg dibeli oleh Linda yg berkongsi tarikh lahir yg sama dengan neneknya.

Lepas Maghrib balik semula ke KL. MRR2 masih sesak. Kami berpusing sana sini cari jalan yang lega sedikit. Akhirnya hampir pukul 10 malam sampai di rumah.

Ahad: Kami beraya di rumah Pn. Latipah Omar di Puncak Jalil. Kemudian ke rumah Pakcik Raja (jiran selang sebuah rumah yang sepanjang bulan Ramadhan boleh dikatakan setiap hari tak pernah miss hantar juadah berbuka puasa), kemudian ke rumah Azhar dan Fauzi di BK5. Aduss, banyak sungguh open house!

Pot Luck


Jumaat: kami mengadakan pot luck di bilik guru. Tak semua guru ada di sekolah kerana ramai yang keluar mengawas PMR.



Antara juadah istimewa ialah mee bandung dan nasi kerabu.


Tuesday, September 29, 2009

Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal.

Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi.

Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2009 (Sabtu)

Tempat: Akademi Karangkraf

Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15
Shah Alam, Selangor.

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Peserta: 27 orang

Yuran: RM35

Sarapan, makan tengah hari dan cenderamata disediakan.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077. Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel ke alaf@alaf21.com.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak



Salam sesuci lebaran.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buat semua, Kak Anis mengambil kesempatan memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersilap kata atau tersalah ucap selama kita bersama.