Monday, October 19, 2009

Isabella dapat anak kembar lima!


Anak-anak Isabella - lima ekor kesemuanya. Patutlah perutnya besar sangat masa bunting. Terjerit Z kerana dah ada sembilan ekor kucing dalam rumah!


Isabella dengan anak2nya yang berebut2 nak menyusu

Isabella n d kids

Berparti sampai pagi

Wah, nostalgia zaman kak anis di kampung dulu berulang lagi! Masa tu apabila jiran berbangsa Sikh mengadakan majlis kenduri kahwin, kami rasa macam nak pindah rumah kerana tak tahan dengar bunyi gelak ketawa dan muzik sampai pagi. Mungkin Kak Meen masih ingat antara lirik lagunya, Nipenje' Nipenje' ...

Malam tadi sampai pukul 3 pagi bunyi gelak ketawa, terjerit2, berteriak2 masa menari dan muzik yang membingitkan telinga tanpa henti dari rumah jiran membuatkan kami tak boleh tidur.

Kata Z yang selalu berkompromi, "Tak apalah, raya dia setahun sekali." Akhirnya dia menonton tv.

kak anis pula pindah tidur di bilik tetamu. Sudahnya kak anis kesiangan. Mujur hari ni cuti. Esok pun cuti, tapi kena pergi kursus sampai Khamis. Apa nak buat, kena ikut arahan, walaupun di sekolah kami sedang sibuk dengan Program Latih Tubi Berfokus SPM dan kak anis perlu beri markah untuk borang prestasi guru2.

Sunday, October 18, 2009

Jamuan raya

Kami mengadakan jamuan Aidilfitri pada hari Deepavali. Sebelum tu dah ada jamuan untuk warga Saujana, kenalan dan sanak-saudara

Kak anis dengan Fairuz dan Ayeen


Antara staf Alaf 21 yang datang

Kak anis, Kak Iris, Fira dan Kak Meen

Untuk semua novelis Alaf 21, janji temu kita di rumah kak anis pada 01 November 2009, jam 10 pagi. Ada demo masak lasagna oleh chef selebriti + novelis Norzailina. Temanya masakan Itali. Jadi ala-ala pot luck gitu ...

Deepavali

Selamat menyambut hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu



Kolam yang dibuat di Dewan Reflesia (sekolah kak anis)

Tuesday, October 13, 2009

Sana sini open house ...

Sabtu (10 Oktober 2009) - pagi lagi kak anis dah ke sekolah untuk menghadiri program Latihan Dalam Perkhidmatan yang diatur bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Macam biasalah, kehadiran adalah wajib.




Setelah tiga slot ceramah, pada pukul 12.30 tengah hari kami ke Dewan Ixora untuk Majlis Rumah Terbuka Saujana sempena Aidilfitri.



Sampul ketupat dianyam dua hari sebelum majlis. Istimewanya ketupat ini direbus oleh Pengetua di rumahnya.



Lemang dan rendang ayam dimasak oleh guru2 lelaki. Mereka memasak pada waktu malam dan guru2 perempuan tak dibenarkan datang. Sebabnya dia orang nak berkaraoke sambil memasak.


Dalam pukul 2, Kak anis minta izin dengan Pengetua untuk balik awal sikit kerana nak pergi ke majlis kahwin Carrie. Jangkanya boleh sampai dalam pukul 3 ptg, tapi MRR2 punyalah sesak. Jadi mohon maaf banyak2 kpd Carrie kerana tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Doa kak anis semoga Carrie dan suami berbahagia hingga ke anak cucu.

Juga ucapan Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Rizal dan Noor Aftalina yang melangsungkan perkahwinan di Tanjung Piandang, Perak. Semoga ikatan pernikahan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Bentong kerana ada jamuan rumah terbuka di rumah keluarga mentua yang dibuat selepas waktu Asar.



Pelbagai juadah disediakan. Antaranya mee hailam, sate, nasi impit, popia, wantan dan banyak lagi.



Jamuan tu juga sempena meraikan hari ulang tahun ibu mentua kak anis yg ke-86. Semoga mak sihat sejahtera, berbahagia dan dipanjangkan umur. Amin ...




Kek besday yg dibeli oleh Linda yg berkongsi tarikh lahir yg sama dengan neneknya.

Lepas Maghrib balik semula ke KL. MRR2 masih sesak. Kami berpusing sana sini cari jalan yang lega sedikit. Akhirnya hampir pukul 10 malam sampai di rumah.

Ahad: Kami beraya di rumah Pn. Latipah Omar di Puncak Jalil. Kemudian ke rumah Pakcik Raja (jiran selang sebuah rumah yang sepanjang bulan Ramadhan boleh dikatakan setiap hari tak pernah miss hantar juadah berbuka puasa), kemudian ke rumah Azhar dan Fauzi di BK5. Aduss, banyak sungguh open house!

Pot Luck


Jumaat: kami mengadakan pot luck di bilik guru. Tak semua guru ada di sekolah kerana ramai yang keluar mengawas PMR.



Antara juadah istimewa ialah mee bandung dan nasi kerabu.