Tuesday, January 22, 2008

Cerita tentang sekolah ...

Salam,

Sejak sesi persekolahan bermula, masa untuk kak anis menulis menjadi sangat terhad, malah seperti tidak ada langsung. Biasanya pukul 6.30 pagi kak anis dah keluar dan balik lebih kurang pukul 4. Kemudian bersambung pula dengan kerja di rumah. Bila dah penat, tak der mood nak menulis. Layan mata ...

Sabtu ni kami bersekolah ganti. Ahad pula ada program anjuran Kementerian Pelajaran di Dewan Pusat Komuniti Seri Petaling. 1 hingga 3 Februari, kak anis akan mengikuti seminar anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi di Hotel Grand Continental. 1 Februari tu kan cuti sempena Hari Wilayah, Sabtu dan Ahad ... arghhh!

6 hingga 11 Februari sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Jadi bolehlah kak anis membelek manuskrip.

Nak cerita sikit tentang sekolah. Baru-baru ni kami mendapat Pengetua baru. Sejak kak anis bertukar ke sini setelah menamatkan pengajian pada penghujung 2003, dah lima kali bertukar Pengetua. Bererti kami perlu membuat penyesuaian mengikut rentak dan cara gaya Pengetua baru. Begitulah 'panasnya' kerusi Pengetua kerana Pengetua sebelum ni bersama-sama kami lebih kurang tiga bulan sahaja. Begitulah kisahnya.


Hingga jumpa lagi ...
.

No comments: