29 - 30 Mac 2008, Kak Anis menghadiri majlis perkahwinan anak sedara ... entah anak saudara nombor berapa pun Kak Anis tak ingat sebab banyak sangat anak sedara. Almaklum adik-beradik ramai, jadi anak2 sedara pun tentulah ramai.
Ungu menjadi warna tema majlis
Bersedia untuk majlis pernikahan
Semoga Nor n Zaman kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
Pada 22 Mac 2008 (Sabtu), Kak Anis dan Pn. Norzailina Nordin telah dijemput oleh pihak PNM untuk mengendalikan Bengkel Penulisan Kreatif di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Bengkel bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah PNM, Yg Bhg. En Raslin Abu Bakar.
Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih 60 peserta daripada berbilang bangsa.
Mersik pun ada.
Bersama kumpulan pelajar sekolah yang turut menghadiri bengkel
Bengkel berakhir kira-kira jam 4.00 petang. Terima kasih kepada PNM kerana sudi menjemput kami. Juga ucapan terima kasih kepada Hasliza yang selalu berhubungan utk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Kepada semua peserta bengkel, selamat berkarya!
23 Mac 2008 (Ahad), Kak Anis dengan ditemani Kak Meen ke Kolej Aminuddin Baki, UPSI. Mereka mengundang Kak Anis untuk 'bercerita' tentang dunia penulisan dan kerjaya sebagai guru. Tetapi mungkin silap perancangan, maka program yang sudah diatur, tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Kecewa juga ...
Kemudian perjalanan pulang diiringi hujan lebat hingga sesekali bagaikan tidak nampak jalan. Pemanduannya menjadi sangat mencabar. Mujurlah Kak Anis tidak bersendirian. Terima kasih ya Kak Meen!
Dari Port Dickson, kami balik ikut Lukut. Saja nak tengok rumah yang pernah kami huni di Ladang Salak, Siliau (dulu namanya Ladang Atherton). Masa dulu dari Siliau, kak anis berulang setiap hari ke Seremban ...mengajar di SMK King George V.
Dulu rumah ni warna putih
Dari Seremban, kami balik KL ikut jalan lama. Lalu Mantin dan terus ke Bayu Lake Homes.
n3 yang tertangguh ni cerita masa cuti. Seminggu berlalu bagaikan tak terasa. Banyak benar perkara yang nak diisi dalam masa seminggu. Kak anis duty kat sekolah masa result SPM keluar. Hubby ambil cuti sehari. Kami menonton wayang cerita Spiderwick kat Summit Square. Belum pun cerita bermula, kak anis tiba2 teringat tentang tiket parking. Selongkar beg, tapi tak jumpa. Sah-sah dah hilang! Akhirnya kena bayar denda 30 hengget. Mencinya!
Jumaat - kami menghadiri majlis menyambut menantu anak kak iris. Sebenarnya kak anis dah lama kenal kak iris ... sejak 2001 masa kami sama2 ambil ijazah kedua di UM.
kak anis berdiri salah tempat ...
Lia, kak iris, kak anis n wani ... teman2 sekuliah masa belajar kat UM
Kami bergambar dengan pengantin baru - Azrul n Ayu
Pagi Sabtu - kami ke Port Dickson.
Serampang dua mata ... bercuti dan siapkan kerja sekolah
Pelawaan bertemu dgn peminat2 novel di Brunei merupakan peluang yang tidak kak anis duga ... terima kasih daun keladi pada Alaf 21. Memang kak anis ingin sangat bertemu dengan peminat2 novel di sana, walaupun dalam hati berasa bimbang memikirkan sambutan yang bakal diterima.
Alhamdulillah seawal kami tiba, sambutannya sangat menggalakkan. Kak anis amat teruja melihat kesanggupan sesetengah pembaca membawa kesemua novel kak anis untuk ditandatangani, para suami yang sabar menunggu isteri masing2 menunggu giliran untuk mendapatkan tanda tangan dan menjadi juru foto untuk merakamkan gambar kenangan. Begitu juga yg datang sekeluarga dan yg datang berkali2. Jutaan terima kasih kak anis ucapkan. Panjang umur dan jika ada rezeki, kita jumpa lagi.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman2 blogger yg datang memberi sokongan moral dan sudi meluangkan masa membawa kami bersiar2 di Bandar Seri Begawan. Malah dalam kesibukan bekerja masih sempat menjamu kami dengan hidangan makan malam yang sungguh istimewa. Kami sangat menghargainya.
Buat Lina, Lynn @ Ratu Lawak, Rose, Lily n Damya @ Budak kecik ... terima kasih kerana berkongsi kenangan. Rasanya tak ada sesaat yg tidak kita isi dgn gelak ketawa, sekalipun flight delayed 3 jam. Jangan lupa peraduan teka kaki siapa dan gelang tangan siapa ... *pemenangnya tak dapat hadiah apa-apa ... hehehe