Friday, October 24, 2008

Diari RIMUP

Memang lama sungguh kak anis menyepi. Kata Mersik yang kak anis temui dalam jamuan hariraya Alaf semalam, rumah kak anis dah bersawang. Kesibukan membuatkan kak anis tak sempat singgah di 'rumah' sendiri, apatah lagi menjenguk ke rumah kawan-kawan. Malah ada hari-harinya langsung tak sempat nak sentuh laptop. Meskipun hanya guru di sekolah harian biasa, tapi 24 jam sehari penuh terisi dengan pelbagai perkara.

Sebagai urusetia program Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat kebangsaan, sebelum bulan puasa lagi dah kena hadiri banyak mesyuarat.

Seminggu selepas cuti raya, iaitu pada 11 - 12 Okt. 2008, kak anis ikuti program sekolah ke Agrotek Resort. Program 'wajib' untuk mencukupkan bilangan jam kursus yang dihadiri sepanjang tahun. Petang Ahad sesampai di rumah, hubby ajak ke rumah kakaknya di Damansara Heights untuk sama-sama meraikan hari ulang tahun ibunya ... rasa penat tolak ke tepi kerana nak beli jiwa ibu mentua. Sepatutnya semua mesti sampai sebelum pukul empat, tapi kami terlambat kerana pergi beli kek dulu... perkara yang kak anis fikir patut hubby uruskan lebih awal, tapi rupa2nya nak pergi beli sama2 juga.

Isnin sekolah macam biasa. Bebudak Tingkatan 3 exam PMR. Sunyi sikit sekolah kerana ada kelas2 yang diberi cuti.

Selasa kak anis hadiri bengkel menangani stres di jabatan.

Rabu kak anis menghadiri taklimat program RIMUP di Dewan OCM.

Khamis - mesyuarat RIMUP di Hotel Olympic.

Jumaat pergi sekolah, tapi sebelah malamnya ke Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane untuk bantu persediaan program.

Sabtu 18 Okt - juga ke sana dan sebelah petang sempat singgah sekejap di jamuan hariraya rumah pengetua.

Ahad 19 Okt - seawal jam 8.30 pagi, kak anis dah berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pendaftaran peserta dan majlis perasmian program. Jumlah peserta lebih kurang 700 orang yang dipilih dari sekolah2 di seluruh negara. Majlis perasmiannya hebat dan diakhiri dgn semua peserta menaiki LRT ke tempat penginapan di Hotel Olympic dan Darul Puteri. Pukul 6 ptg, kak anis sampai di rumah. Terima mesej perlu hadiri mesyuarat di bilik gerakan pukul 9.30 malam. Aduii ... Jadi kuatkan hati meredah hujan lebat. Habis mesyuarat kul 11.45 mlm ...


Isnin 20 Okt - seawal jam 7 pagi, kak anis bertugas di bilik gerakan. 1.30 ke Memorial Tun Abdul Razak untuk meninjau perjalanan program Jejak Sejarah. 4.30 ptg kak anis balik dalam keadaan kepala yang sangat berat ... Kak anis telan panadol. Tidur sekejap sebelum hubby ajak hantar Danial ke pusat tuisyen di USJ kerana kalau tak ikut sekali nanti kak anis tak tau jalan nak ke sana untuk menjemputnya pada sebelah malam kr hubby perlu hadiri jamuan di Hotel Istana. Malam kak anis tak pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan kebudayaan kerana tak sihat dan perlu jemput Danial.

Selasa 21 Okt - kak anis ke PPR Jelatek untuk memantau perjalanan program Masih Ada yang Sayang, Khidmat Bakti dan acara sukaneka. Malam ke Stadium Badminton Cheras untuk jamuan makan malam negeri.

Rabu 22 Okt - kak anis bertugas di bilik gerakan. 6 ptg ke Stadium Putra untuk membantu persediaan majlis makan malam perpaduan bersama Menteri Pelajaran.

Khamis 23 Okt - 8.30 pagi di Stadium Putra untuk majlis Lambaian Pulang peserta2 program. Lepas tu kak anis ke jamuan hariraya Alaf

Jumaat 24 Okt - sekolah spt biasa. Ada 4 bungkusan jawapan Sejarah (peperiksaan akhir tahun) di atas meja yang perlu ditanda dan diberi markah. Objektif, struktur dan esei. Arghhh!!

Sabtu 25 Okt - insya-ALLAH akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Nurul Adila (adik arwah Damit). Cadangnya tak bermalam ..

Ingatkan selepas program RIMUP, kak anis dah boleh tarik nafas lega dan boleh beri tumpuan pada penulisan, tapi dah terima pula surat arahan untuk menghadiri kursus di Cherating, Kuantan bermula 29 Okt - 1 Nov.

Untuk ke sekian kalinya, saya yang menurut perintah. Tapi macam nak juga cuba nasib tak akur pada arahan ni ...


8 comments:

adhan said...

salam kak anis..
sekolah saya pun dah wat rimup tapi kat sklh je...buat sambutan raya tapi semua melayu sebab sekolah saya takde kaum lain...

kay said...

salam anis,

aduuh loteh kak Iris baca program anis...wish you well and hope to see you soon...t.care

wanAmalyn said...

salam kak anis...

aduhai... wan yg terasa penatnya!!!

apa2pun Tahniah atas penganugerahan Guru Bistari dari Yayasan Pendidikan Cheras :)

anisayuni said...

Salam kembali wat Adhan.

kat sekolah kak anis, majoriti murid Cina. Murid Melayu harapkan kelas aliran khas agama. Drp 2 ribu, murid Melayu cuma 400 org. Jadi hari2 kami RIMUP ...

anisayuni said...

kak iris ... insya-ALLAH kita bertemu. Sekarang ni dah tak bz sgt. 4 bungkus kertas jawapan, dah selamat i beri markah ... bukan timbang kati tau masa semak skrip jawapan. Hehehe ... Sekarang ni i tumpuan utk penyusunan tugas guru2 utk tahun 2009.

anisayuni said...

Eh, mana Wan tau kak anis terima anugerah tu! Mesti ada sesiapa yg kenal kak anis, turut hadir dalam majlis tu.

*Kak Meen pun tak tau

wanAmalyn said...

kak anis...

hehehe wan pasang spy ahaks!! :P

anisayuni said...

Wan,
nanti dlm n3 terbaru, kak anis tepek gambar masa majlis tu.