Monday, June 1, 2009

Selamat bercuti sekolah ... buat guru dan murid2

Salam buat semua,

moga sihat sejahtera dan ceria selalu. Dah lama tak ada n3 baru. Hmm ... memanglah 'rumah' ni asyik bersawang ... hari sekolah dan cuti seperti sama sahaja.

Walaupun cuti sekolah dua minggu (ada hari2nya kena gak pergi sekolah), Kak anis tak Cuti-cuti Malaysia kerana sibuk pindah rumah. Walaupun dekat aje, iaitu dari BK 5 ke BK 8 Bandar Kinrara, tapi sibuknya bukan main lagi. Masih banyak yang belum beres hinggakan sangat letih dibuatnya.

Hari ini kami uruskan talian telefon. Katanya seminggu tak ada talian internet. Jadi seminggu jugalah kak anis 'bercuti' daripada melayarinya. Buat pengunjung blog kak anis, singgahlah juga. Insya-ALLAH kita akan berjumpa lagi.

Salam manis,
kak anis

p/s Nak citer sikit pasal sambutan hari guru di sekolah. Kak anis tak jadi masuk acara telematch kerana tiba2 naik nama naik untuk karaoke. Berduet pulak tu dan pasangannya pun dah ditetapkan. Jadi kak anis dan Cikgu Ab. Gani pilih lagu Semalam Ku Bermimpi nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma. Just for fun, tapi tak sangka kami jadi johan. (Kak Meen mesti tak percaya nih!)

18 comments:

cik cik keboom said...

salam
kak anis
sy suka sgt ngan gaya penulisan kak anis semua koleksi novel kak anis sy ada yang terbaru pun sy dah dapatkan
tengah dlm proses nak membaca
kat dalam blog sy ada sy tunjukkan koleksi novel kak anis
selamat maju jaya dan
selamat berkarya

kat sini pun sy komen kat blogdrive pun sy komen sorry terlebih sudah

Watierman said...

Assalamualaikum K.Anis...Watie pun collect all your novels....and about to start reading...."sungguh aku cinta"....tq....

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Anis,

Selamat berpindah rumah... nnt kena buat house warming sambil berkaraoke! Dh jadi johan, kan?? Hehe

oldtown~Smell the Roses said...

Salam Kak Anis,
sihat? Selamat ber'cuti' sekolah.
Saya masih menunggu novel akak yg dikirim melalui teman saya. Saya ingatkan Alaf21 hanya hantar sekitar Malaysia sahaja.Nanti saya komen. Jaga diri dan selamat berpindah ke rumah baru.

faqiha said...

huhu tahniah cikgu :)

jom makan said...

Salam Anis,penulisan yang menyentuh rasa dengan kata-kata yang buat saya x jemu membaca novel-novel anis,selamat berkarya dan berjaya selalu...

*@t!q@h* said...

SALAM..
kak anis, novel baru sudah katam saya baca...tak sabar menanti yang lain..kenangan bertemu di PWTC membuatkan saya tersenyum tatkala membaca "sungguh aku cinta"...cuma mahu bertanya pendapat dan pandangan kak anis tentang cinta jarak jauh dan cinta berlainan benua..salahkah sekiranya perkara itu berlaku..??musykil..hehehe..harap sudi meninggalkan jejak di blog saya..salam ziarah..

anisayuni said...

cik cik keboom (cutenya nickname ni ...)lega sangat kr cck menyukai novel2 kak anis. Terima kasih kr menjadikannya sebagai koleksi. Boleh tak bg address blog cck?

anisayuni said...

Watierman ... ribuan terima kasih kr menjadikan novel2 kak anis sbg koleksi. Moga Sungguh Aku Cinta menghiburkan dan ada ilmu yg dpt diambil drp pembacaannya

anisayuni said...

Hezzy ... insya-ALLAH kita akan berkumpul sekali lagi. Nanti akan dicari tarikh yg sesuai. Karaoke? hehehe ...

anisayuni said...

oldtown - smell the roses ... harap2 dah dapat Sungguh Aku Cinta. Enjoy reading

anisayuni said...

faqiha ... thanks. Take good care of urself

anisayuni said...

jom makan ... terima kasih kr luangkan masa baca novel kak anis. insya-ALLAH kak anis akan terus berkarya

anisayuni said...

@t!q@h ... tkasih kerana sudi bertemu dengan kak anis ketika di Pesta Buku PWTC. Cinta jarak jauh dan berlainan benua tentu mendera hati dalam rindu. Perlu lebih tabah kerana dia dekat di hati, tapi jauh dari mata.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam.. kak anis..
Alhamdulillah, dah habis pun baca novel SAC..
Secara keseluruhannya, novel ini ada kelainannya kerana ia membawa persoalan dan stigma seorang janda.
Ada kelainan daripada novel kak Anis sebelum ini. Memang bukan mudah kalau bergelar janda. Apatah lagi, kalau masih muda dan yang jatuh cinta itu bujang teruna.
Namun Ibu Fajar akhirnya terpaksa 'faham' apabila anak sendiri menjadi janda dan dicintai oleh anak bujang orang lain.
Teringat kisah sahabat saya seorang janda beranak sorang. Sewaktu perkahwinan pertamanya, dia sering diabaikan oleh suami (dia isteri ketiga). Namun berkat kesabarannya, akhirnya dia dikurniakan seorang suami yang bujang teruna yang usianya 10 tahun lebih muda dari sahabat saya itu.
Semoga akak terus berkarya!

Ain Shahidin said...

salam..
cikgu!! duet dgn cikgu gani??
wah! mng lagi ye.. hehe..
congrat!
juz found ur blog.. sronok bce ni ha.. hehe..
remember me always!
(if u still remember.. hee..)

-AINI SYAFIQAH SHAHIDIN

cik keboom said...

kak anis add blog sy
http://bilaakumengomel.blogspot.com
lama kak anis tak update blog kan

miss wateva said...

hye,,kak anis...
sy suka sgt dgn n0vel2 akak...
smue n0vel akak sy0k lah...
akak mmg pnulis yg the best..
truskn b'karya!chaiy0ok!!
...tq