Tuesday, December 23, 2008
Saturday, November 8, 2008
Gambar-gambar di Agrotek Resort
11 Oktober 2008 - kak anis menyertai acara treasure hunt dari sekolah ke Agrotek Resort, Sungai Semungkis, Ulu Langat.

Pemandangan dari bahagian hadapan kawasan chalet yang terletak di kawasan berbukit

Padang kecil dengan tempat makan dipisahkan oleh sungai kecil. Kami menjamu selera sambil mendengar deruan air yang mengalir.

Friday, October 24, 2008
Diari RIMUP
Memang lama sungguh kak anis menyepi. Kata Mersik yang kak anis temui dalam jamuan hariraya Alaf semalam, rumah kak anis dah bersawang. Kesibukan membuatkan kak anis tak sempat singgah di 'rumah' sendiri, apatah lagi menjenguk ke rumah kawan-kawan. Malah ada hari-harinya langsung tak sempat nak sentuh laptop. Meskipun hanya guru di sekolah harian biasa, tapi 24 jam sehari penuh terisi dengan pelbagai perkara.
Sebagai urusetia program Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat kebangsaan, sebelum bulan puasa lagi dah kena hadiri banyak mesyuarat.
Seminggu selepas cuti raya, iaitu pada 11 - 12 Okt. 2008, kak anis ikuti program sekolah ke Agrotek Resort. Program 'wajib' untuk mencukupkan bilangan jam kursus yang dihadiri sepanjang tahun. Petang Ahad sesampai di rumah, hubby ajak ke rumah kakaknya di Damansara Heights untuk sama-sama meraikan hari ulang tahun ibunya ... rasa penat tolak ke tepi kerana nak beli jiwa ibu mentua. Sepatutnya semua mesti sampai sebelum pukul empat, tapi kami terlambat kerana pergi beli kek dulu... perkara yang kak anis fikir patut hubby uruskan lebih awal, tapi rupa2nya nak pergi beli sama2 juga.
Isnin sekolah macam biasa. Bebudak Tingkatan 3 exam PMR. Sunyi sikit sekolah kerana ada kelas2 yang diberi cuti.
Selasa kak anis hadiri bengkel menangani stres di jabatan.
Rabu kak anis menghadiri taklimat program RIMUP di Dewan OCM.
Khamis - mesyuarat RIMUP di Hotel Olympic.
Jumaat pergi sekolah, tapi sebelah malamnya ke Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane untuk bantu persediaan program.
Sabtu 18 Okt - juga ke sana dan sebelah petang sempat singgah sekejap di jamuan hariraya rumah pengetua.
Ahad 19 Okt - seawal jam 8.30 pagi, kak anis dah berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pendaftaran peserta dan majlis perasmian program. Jumlah peserta lebih kurang 700 orang yang dipilih dari sekolah2 di seluruh negara. Majlis perasmiannya hebat dan diakhiri dgn semua peserta menaiki LRT ke tempat penginapan di Hotel Olympic dan Darul Puteri. Pukul 6 ptg, kak anis sampai di rumah. Terima mesej perlu hadiri mesyuarat di bilik gerakan pukul 9.30 malam. Aduii ... Jadi kuatkan hati meredah hujan lebat. Habis mesyuarat kul 11.45 mlm ...
Isnin 20 Okt - seawal jam 7 pagi, kak anis bertugas di bilik gerakan. 1.30 ke Memorial Tun Abdul Razak untuk meninjau perjalanan program Jejak Sejarah. 4.30 ptg kak anis balik dalam keadaan kepala yang sangat berat ... Kak anis telan panadol. Tidur sekejap sebelum hubby ajak hantar Danial ke pusat tuisyen di USJ kerana kalau tak ikut sekali nanti kak anis tak tau jalan nak ke sana untuk menjemputnya pada sebelah malam kr hubby perlu hadiri jamuan di Hotel Istana. Malam kak anis tak pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan kebudayaan kerana tak sihat dan perlu jemput Danial.
Selasa 21 Okt - kak anis ke PPR Jelatek untuk memantau perjalanan program Masih Ada yang Sayang, Khidmat Bakti dan acara sukaneka. Malam ke Stadium Badminton Cheras untuk jamuan makan malam negeri.
Rabu 22 Okt - kak anis bertugas di bilik gerakan. 6 ptg ke Stadium Putra untuk membantu persediaan majlis makan malam perpaduan bersama Menteri Pelajaran.
Khamis 23 Okt - 8.30 pagi di Stadium Putra untuk majlis Lambaian Pulang peserta2 program. Lepas tu kak anis ke jamuan hariraya Alaf
Jumaat 24 Okt - sekolah spt biasa. Ada 4 bungkusan jawapan Sejarah (peperiksaan akhir tahun) di atas meja yang perlu ditanda dan diberi markah. Objektif, struktur dan esei. Arghhh!!
Sabtu 25 Okt - insya-ALLAH akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Nurul Adila (adik arwah Damit). Cadangnya tak bermalam ..
Ingatkan selepas program RIMUP, kak anis dah boleh tarik nafas lega dan boleh beri tumpuan pada penulisan, tapi dah terima pula surat arahan untuk menghadiri kursus di Cherating, Kuantan bermula 29 Okt - 1 Nov.
Untuk ke sekian kalinya, saya yang menurut perintah. Tapi macam nak juga cuba nasib tak akur pada arahan ni ...

Monday, September 29, 2008
Salam lebaran

Salam ceria buat semua,
Sempena Aidilfitri, Kak anis mengambil kesempatan memohon maaf andai kak anis ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang perkenalan kita. Kepada yang mengirim kad raye ... warga Karangkraf, Alaf 21, Saadi, Alaf 21 (Abang Long, Mersik, Zarina Amran n Salmah Ismail) Anim, Wan Amalyn, Fiza A.Latiff, Syi dll, terima kasih kak anis ucapkan. Begitu juga kepada yang mengirim ucapan terus di 'rumah' kak anis. Moga kalian semua sejahtera dan berbahagia selalu.
Salam sayang,
kak anis
Saturday, August 30, 2008
Pertemuan 7 penulis
28 Ogos 2008 - kak anis menghadiri pertemuan/mesyuarat yang diatur oleh pihak pengurusan Alaf 21. Pertemuan di premis Alaf 21 itu dihadiri oleh Pengurus Besar Alaf 21, En. Norden Mohamed dan dua editor seniornya, iaitu Pn. Wan Rohana Wan Manaf dan Pn. Saadiah Mohamed.
Antara penulis yang hadir ialah Ramlee Awang Murshid, Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Damya Hanna dan kak anis. Dalam pertemuan itu kami berbincang tentang persediaan dan strategi untuk novel yang akan datang. Almaklum kalau tidak 'digerakkan' maka sudah tentu ada yang 'lupa' menulis atas alasan2 tersendiri.
Alhamdulillah semua penulis sedang dalam proses menghasilkan manuskrip novel terbaru, termasuklah kak anis. Walaupun dari 6.30 pagi - 3.30 ptg di sekolah, apabila tiba di rumah perlu mengutamakan kerja2 rumah dulu dan bila dah penat ... zzzzz ... dalam sibuk itulah kak anis menulis.

Ramadhan al-Mubarak
Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak, kak anis ingin memohon maaf andai sepanjang perhubungan kita di alam siber, sms dan sesekali berjumpa, kak anis melakukan kesilapan sama ada dari segi tutur kata, mahupun perbuatan sehingga melukakan hati dan perasaan anda semua tanpa kak anis sedari.
Salam sayang
kak anis
Friday, August 22, 2008
Kolokium Citra Dakwah dalam Novel Popular
Hari Khamis, kak anis berada di Puri Pujangga, UKM kerana menghadiri majlis anjuran Projek Penyelidikan UKM, Kumpulan Dakwah, Kerohanian Qidayah, Kelompok Pembangunan Insan & Tamadun Islam. Jemputan pada awalnya melalui SMS daripada Pn. Samsiah Mohd Nor disusuli surat rasmi drp penganjur. Sesi pertama dimulakan oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, pensyarah, Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, UIA.
Dalam Sesi kedua, Kak anis dan Pn. Samsiah membentangkan kertas kerja bertajuk Pengalaman Sebagai Novelis: Harapan dan Cabaran dalam Menerapkan Unsur Dakwah.
Bersama-sama dengan Pn. Samsiah. Dr. Fariza mempengerusikan sesi.
Zaid Akhtar turut membentangkan kertas kerja. Di sebelahnya Pn. Nisah Haron sebagai pengerusi majlis.
Antara novel2 Alaf 21 yang dikupas oleh Prof. Dr. Siti Rugayah, Dr. Fariza Md. Sham, Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin da Dr. Mawar Shafei ialah Bicara Hati, Kau Untukku, Jendela Hati, Kau Yang Satu, Manisnya Cinta, Pesona Rindu dan Kau Kekasihku. Kertas pembentangannya bertajuk, Ciri-ciri Novel Popular dan Unsur-unsur Dakwah dalam Novel Popular
Tak sangka KakSu dengan Yah juga turut hadir sebagai peserta.
Antara peserta yang menghadiri kolokium. Mereka terdiri daripada pensyarah, pegawai2 bahagian penerbitan dan pelajar2 UKM.
Terima kasih kepada Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek dan pensyarah2 dari Kumpulan Dakwah, Kerohanian Qidayah yang diketuai oleh Dr. Fariza kerana sudi menjemput saya ke majlis yang sungguh bermakna. Insya-ALLAH dipanjangkan umur kita bertemu lagi.
Dalam Sesi kedua, Kak anis dan Pn. Samsiah membentangkan kertas kerja bertajuk Pengalaman Sebagai Novelis: Harapan dan Cabaran dalam Menerapkan Unsur Dakwah.
Terima kasih kepada Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek dan pensyarah2 dari Kumpulan Dakwah, Kerohanian Qidayah yang diketuai oleh Dr. Fariza kerana sudi menjemput saya ke majlis yang sungguh bermakna. Insya-ALLAH dipanjangkan umur kita bertemu lagi.
Majlis Pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri
Salam buat semua. Moga sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya. Memanglah dah bersawang sangat 'rumah' kak anis ni sebab dah lama tak up-date dengan n3 baru. Cuti sekolah penuh dengan aktiviti sendiri. Malam Ahad, kak anis ikut hubby ke annual dinner ofis dia di Hotel Istana. Pagi Ahad pula, kak anis ke Kuantan untuk ziarah emak ... perkara yang wajib diberi keutamaan. Selasa kak anis balik ke KL. Rabu kak anis duty di sekolah. Sebelah petangnya kak anis ke majlis pelancaran trilogi Bagaikan Puteri di Hotel Singgahsana. Tahniah buat Ramlee Awang Murshid!
Ramlee sibuk betul sepanjang majlis berlangsung. Jadi kak anis cuma dpt rakam gambar dgn poster dia.
Trilogi Bagaikan Puteri dijadikan back drop ... cantik!
Puan Ziela Jalil merasmikan majlis. Kak Pah turut sama meraikan.
kak anis dan Aida Adriani bergambar dengan bloggers (tak pasti boleh ke ditulis nickname kedua2nya?)
Penulis2 Alaf 21 yang hadir dalam majlis. Hezzy , Durrah Fatiha, Aleya Aneesa, Norzailina, Damya Hanna, Kak Anis, Eka Fahara, Sri Diah, Aida Adriani, Shanika Latisha dan Bikash Nur Idris
Friday, July 18, 2008
Terkenang semasa dulu ...
Friday, June 27, 2008
28 Jun 1926
Sunday, June 22, 2008
Melaka - Part 3
Merata-rata kami dibawa dengan menaiki beca. Banyak info yg diberi oleh si juru pandu spt ttg masjid, makam2, bangunan tinggalan Belanda, Hotel Puri, muzium dll.
Kami bergambar dekat kenderaan yg digunakan pada zaman dulu.
Bangunan Stadhuys ... destinasi wajib pelancong
Gerai jual terompah. Teringat masa di kg dulu kami mmg guna terompah selain drp selipar Jepun
Luq n Danial ... kali pertama naik beca. Becanya berhias dgn bunga2 dan lagu dimainkan sepanjang perjalanan
Danial ... mukanya serius jer sb kami naik beca tengah panas terik
Rumah asal Belanda memanjang ke belakang. Bahagian tingkap dan pintu depan ni dah diubah suai mengikut seni bina Cina
Bentuk bumbung bangunan Belanda
Kak anis dgn Luq masa jamuan makan malam
Melaka - Part 2
Kami singgah di Hotel Puri yang terletak di Jonker Walk. Kata si juru pandu, pelancong asing suka menginap di hotel yg serba antik ni kerana berada dalam hotel ni seolah2 dah melawat satu per tiga drp Melaka. Ini kerana banyak barangan antik dan gambar2 lama dipamer di hotel ni.
Burung layang2 sengaja dibiarkan bersarang dlm hotel ni
Tile lama yg masih dikekalkan
Warna tile ni masih spt asalnya
Telefon antik yg masih boleh digunakan. Tak jumpa laa telefon camgini kat Amcorp Mall
Sia atau mangkuk tingkat
Almari antik yg penuh dgn mangkuk2 antik
Almari solek. Kena menjungkit nak tengok muka. Maknanya orang dulu lebih tinggi
Hotel Puri juga menyimpan artifak berupa patung, senjata, replika meriam, gambar2 lama dll.

Melaka Bandaraya Bersejarah
Gambar2 dalam n3 ni masa kak anis sekeluarga di Melaka. Kami ke sana kerana program treasure hunt ofis Z, tp tahun ni kami tak ambil bahagian. Jadi ada masa nak bersiar-siar naik beca sekitar Jonker Walk.
Masjid tertua di Melaka.
Masjid Kampung Kling. Kubahnya ada unsur seni bina China
Masjid Kampung Kling
Kolah tempat berwuduk di Masjid Kg. Kling
Pintu masuk ke tempat solat
Mimbar di dalam masjid. Seni binanya ada unsur dari negara China
Tuesday, June 10, 2008
Majlis perkahwinan Farhah
Majlis perkahwinan Farhah telah berlangsung di Kuantan pada 31 Mei 2008. Dengarnya mereka ni dulu kawan sekelas/sekolah ... hehehe ... mcm kisah Iddya dengan Umar Aisy pulak, akhirnya bertemu di jenjang pelamin. Kak anis doakan moga perkahwinan mereka kekal bahagia dan sejahtera hingga ke akhir hayat.

emak, kakak2 dan anak sedara bergambar dengan kedua mempelai

kak anis dgn kakak2 (kak meen, Teh n kak miss) Tema majlisnya warna hijau, jadi kami pun pakai laa baju rona hijau.

Wednesday, May 28, 2008
WW Astro Awani - part 2
Mengenangkan kak anis tak pernah ke Wisma Bursa Saham dan hubby tak sempat nak menunjukkan arah jalan pada hari sebelumnya, maka kak anis ke sana dengan menaiki LRT ... mujurlah Luqman ada utk menemankan. *Memang kak anis fobia naik teksi setelah dengar macam2 cerita.*
Kak anis parkir kereta di Stesen LRT Bukit Jalil. Alhamdulillah pukul 10.30 pagi, kami sampai di Astro Awani. Elok juga sampai lebih awal kerana ada masa nak berbincang dengan Dang Suria, Fiza dan Azlina tentang slot kak anis selama 12 minit. Ya laa ... nak juga tau soalan-soalan yang akan diajukan. Kalau tak nanti meraban dan tergagap2 pulak nak menjawab.

Sambil menunggu tu, sempat pula bertemu dengan Arfan, tetamu untuk slot pertama. Kami berjiran rupa2nya kerana Arfan tinggal di Bukit Jalil.
Kak anis dgn Azlina ... seorang peminat novel.
kak anis dengan Fiza
Keramahan semua staf membuatkan kak anis berasa sangat selesa sepanjang berada di sana. Terima kasih WW Astro Awani kerana sudi mengundang kak anis ke studio.
Dang, Fiza n Lina ... terima kasih atas pertemuan yang manis ...
Kak anis parkir kereta di Stesen LRT Bukit Jalil. Alhamdulillah pukul 10.30 pagi, kami sampai di Astro Awani. Elok juga sampai lebih awal kerana ada masa nak berbincang dengan Dang Suria, Fiza dan Azlina tentang slot kak anis selama 12 minit. Ya laa ... nak juga tau soalan-soalan yang akan diajukan. Kalau tak nanti meraban dan tergagap2 pulak nak menjawab.
Keramahan semua staf membuatkan kak anis berasa sangat selesa sepanjang berada di sana. Terima kasih WW Astro Awani kerana sudi mengundang kak anis ke studio.
Dang, Fiza n Lina ... terima kasih atas pertemuan yang manis ...
Subscribe to:
Posts (Atom)