Wednesday, March 5, 2008

Memori di Brunei



Pelawaan bertemu dgn peminat2 novel di Brunei merupakan peluang yang tidak kak anis duga ... terima kasih daun keladi pada Alaf 21. Memang kak anis ingin sangat bertemu dengan peminat2 novel di sana, walaupun dalam hati berasa bimbang memikirkan sambutan yang bakal diterima.

Alhamdulillah seawal kami tiba, sambutannya sangat menggalakkan. Kak anis amat teruja melihat kesanggupan sesetengah pembaca membawa kesemua novel kak anis untuk ditandatangani, para suami yang sabar menunggu isteri masing2 menunggu giliran untuk mendapatkan tanda tangan dan menjadi juru foto untuk merakamkan gambar kenangan. Begitu juga yg datang sekeluarga dan yg datang berkali2. Jutaan terima kasih kak anis ucapkan. Panjang umur dan jika ada rezeki, kita jumpa lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman2 blogger yg datang memberi sokongan moral dan sudi meluangkan masa membawa kami bersiar2 di Bandar Seri Begawan. Malah dalam kesibukan bekerja masih sempat menjamu kami dengan hidangan makan malam yang sungguh istimewa. Kami sangat menghargainya.

Buat Lina, Lynn @ Ratu Lawak, Rose, Lily n Damya @ Budak kecik ... terima kasih kerana berkongsi kenangan. Rasanya tak ada sesaat yg tidak kita isi dgn gelak ketawa, sekalipun flight delayed 3 jam. Jangan lupa peraduan teka kaki siapa dan gelang tangan siapa ... *pemenangnya tak dapat hadiah apa-apa ... hehehe

Hingga kita bertemu lagi ...

5 comments:

Nina Suria said...

Salam kak anis
taim resangkut kat ehpot tu boley panggil resQ klavu, ntah2 boley tambah 1 lagi beg hikhikhik

psssttt kapal belon tesangkut pasai tak mampu nak angkut barang kak anis tak??? :p

terimakasih daun keladi

anisayuni said...

nina ... kalaulah kutahu belon tersangkut, dah tentulah menyinggah dulu di Shimco dan beli lagi berkayu2 kain. Tambah lagi satu beg tak apa sb pagi buta kastam tak larat nak check ...

Lily Haslina Nasir said...

ada jugak gambar si mangga muda kat sini ye.... damya mana?? dia tak windu ke

anisayuni said...

Lily, kalau laa si mangga muda tu tinggi sikit, tentu lagi terserlah kehensemannya. Tapi ketinggian camgitu sesuai gak dgn Lynn ..

Grrrr ..........

Anonymous said...

Hello...
Droping by to say Hello...
Happy to meet you last time...

Lots of Love from Hannah
(Brunei)