Sunday, March 1, 2009

Karnival mini Karangkraf


Kak anis bersama Serunai Faqir @ Khairul, penulis baru Alaf

Salam buat semua,

Memang teramat lama kak anis tak up-date n3 ... kali akhir tentang trip ke Turki. Sejak sebelum buka sesi persekolahan, mmg kak anis sentiasa sibuk. Tanggungjawab 4 dalam 1 membuatkan kak anis sentiasa mengejar masa.

Minggu lepas kursus 2 hari di Putrajaya. Sukan sekolah pada hari Jumaat di Stadium Bukit Jalil pun kak anis tak dapat pergi sebab perlu hadiri mesyuarat di jabatan. Karnival di Karangkraf kak anis jenguk sekejap pada hari Ahad (1 Mac) kerana dah janji dengan editor. Sambutannya memang meriah. kak anis dapat bertemu, beramah mesra dengan peminat novel yang singgah di gerai Alaf.

7 Mac nanti mesyuarat agung PIBG. Kemudian buat persediaan untuk pertandingan berzanji marhaban pada 28 Mac. April pula Hari Anugerah Cemerlang. Di samping semua tu dan mengajar, kena pula buat pencerapan pengajaran guru dan semakan buku-buku nota dan latihan secara berjadual. Banyak sungguh benda yang nak kena buat!

Jadi memang kak anis tak selalu dapat up-date blog dgn n3 terbaru. Bagi yang tak sempat dan terlambat kak anis balas e-mel dan tag board, seribu kemaafan kak anis pohon. Insya-ALLAH apabila ada kelapangan, kak anis akan balas.

Salam manis drp kak anis.

8 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

salam...
saya suke sangat baca novel2 tulisan akak..
hope ak terus menulis...
sy link akak di blog saya

Qhisya said...

beznya dpt jdi novelis ...akak bila nk wat kuar novel baru..seribu kali sayang tu bez gila...

anisayuni said...

Qhisya,

Terima kasih kr luangkan masa baca Seribu Kali Sayang. insya-ALLAH akan ada buah tangan terbaru drp akak. Nantikan ya!

anisayuni said...

Teacher of someone ... cikgu juga ya! Terima kasih baca novel kak anis. Terima kasih juga kr sudi link blog ...

WeBViDeOKLiP said...

perrgghh
byk nyer keje
salute la

reen said...

salam pknalan kak,minat sngt2 kt smua nvl2 akak...2 yg sy wt dedikasi 2..koleksi akak ad kt blog sy..

anisayuni said...

WeBViDeOKLIP ... ni lega sikit dah habis program berzanji dan marhaban peringkat zon. Sabtu depan Majlis Anugerah Cemerlang (Senin cuti) dan Sabtu lagi satu ada sekolah ganti

anisayuni said...

reen ... salam kenal drp akak. Insya-ALLAH nanti akak ziarah rumah reen