Monday, July 13, 2009

MC

10 Julai 2009 (Jumaat), kak anis dapat cuti sakit kerana demam dan batuk. Sebenarnya sejak Januari 2009, inilah kali pertama kak anis cuti sakit dan tak pergi sekolah. Sebelum ni pernah diberi cuti, tapi kak anis masih daya dan pergi juga ke sekolah. Tapi kali ni betul2 KO ... kesan ubat yg kuat melemahkan seluruh urat sendi.

Sampai hari ni batuk belum reda. Ngajar dalam kelas pun bawa sapu tangan untuk tutup mulut masa batuk. Kata 'budak-budak nakal' dalam kelas yg kak anis ajar tu,

"Cikgu cuti laa ... ambik MC ... cian cikgu sakit."

'Hmm ... akal tak nak belajar atau mungkin tak suka guru yg mengajar, maka tak berselindung disuruhnya kak anis bercuti!' (Tak baik berprasangka kan kr mungkin bebudak tu benar2 ikhlas ...)

Sebagai 'hadiah' atas keprihatinan mereka, kak anis ambil white board marker dan tulis soalan latihan. Mengeluh bebudak tu kena buat esei. Dalam tersemput2tu sempat lagi kak anis bagi peringatan,

"Saya tau esok bila saya check buku, esei ni siap ... kalau tak siap, awak berdiri kat luar kelas ... biar jatuh saham awak!"

Sebenarnya bebudak tak kisah denda macam ni (boleh gelak2 lagi ...), tapi yg dia orang lebih takut kalau guru telefon ibu bapa ngadu masalah disiplin. Bagi Kak anis, ni cara yg berkesan utk guru2 mengajar dengan tenang, iaitu pindahkan semula masalah tu kepada ibu bapa dengan cara memaklumkan masalah anak2 mereka di sekolah. Biar ibu bapa 'basuh' anak2 mereka di rumah.

Baru aman sikit dan senang nak ngajar.

1 comment:

*@t!q@h* said...

hehehe..tekadang,cara ugutan lebih berkesan dari kelembutan..susah juga ye menjadi seorang pendidik..terasa betapa susahnya seorang pendidik mendidk anak muridnya dan kejayaan muridnya sebagai satu kepuasn buat seorang pendidk..:).betapa besar budi dan jasa seorang guru..tahniah kak anis kerana sentiasa berjasa kepada anak bangsa..