Monday, July 27, 2009

*%@###+

Batuk yang berterusan membuatkan semua kerja menjadi serba tak kena. Kali ketiga ke klinik, doktor rujuk Kak Anis ke hospital. Jadi Khamis lepas, Kak Anis ke SJMC. Pemeriksaan doktor lengkap dengan x-ray sekali. Mujurlah semuanya okey. Semalam ubat batuk yang diberi dah habis, tapi batuknya tak baik2 juga sampailah hari ni. Rimas sungguh kerana tidur terganggu dan berkesudahan pergi ke sekolah dengan mata yang sembab.

Air asam jawa Kak Anis dah cuba. Hari ni Kak Anis minum pulak air lemon + honey. Harap2 sehari dua lagi sembuhlah kerana penat sungguh batuk ni!

14 comments:

Anonymous said...

cuba hisap bunga cengkih pula.
petua dari nenek...

(,")**JoSepH**(",) said...

Cgu Anis kna bnyak2 brehat.. smoga cpt smbuh......

anisayuni said...

pu4syakira ... tkasih kerana berkongsi petua. Insya-ALLAH nanti kak anis cuba

anisayuni said...

JoSepH ... alangkah seronok kalau dpt berehat, tapi taklah selalu mc. selagi daya, Kak anis memang elak ambil mc. Doakan kak anis cepat sembuh

dhan said...

k.anis...
amalkanlah minum madu dgn air panas plak... manalah tau berkesan...

Norabella said...

Kak Anis, saya kalau sekali mula batuk boleh berbulan lamanya. Berbotol ubat yg di minum pun tak lut..Cuma juga minum air ice cream soda (F&N)buat pelega batuk dan kahak jika ada. Insyaallah akan hilang dengan sendirinya.

Unknown said...

salam anis...moga batuk you dah hilang dgn honey dan lemon tu...I pun kalau batuk itu jugak 'ubat'nya dan alhamdulillah serasi pulak...make sure tak campur air just lemon dgn madu dan telah perlahan2. Moga cepat sembuh.

(,")**JoSepH**(",) said...

macam mana keadaan cgu anis skrg?? semoga cepat sembuh. hrp2 cgu anis akan berjaya mendapat anugerah penulis novel yang paling diminati...

anisayuni said...

dhan ... terima kasih atas petua. Semuanya kak anis cuba termasuklah minum madu saja. Sekarang ni dah reda sakit. Alhamdulillah

anisayuni said...

Bella, tak pernah pulak kak anis cuba minum ais krim soda masa batuk. Biasanya ais krim soda kak anis campur dalam air sirap bandung. Tapi cuba juga ... yg pasti air tu memang sedap, dan batuk tak hilang sepenuhnya. Apapun, terima kasih kr berkongsi petua.

anisayuni said...

Kak Iris, nampaknya i dah tersilap petua kerana jus lemon campur madu tu dicampur air sampai hampir penuh satu gelas. Tak lama lepas minum, berlari ke bilik air. Hehehe ...

anisayuni said...

JoSepH ... sekarang ni kak anis dah ok sikit. Alhamdulillah. Tentang anugerah tu, kak anis taklah menaruh harapan sangat kerana saingannya sengit. Apapun, sama2lah kita tunggu

(,")**JoSepH**(",) said...

pcya x lau sy kata buku cgu anis ramai org bli kat kk ne biarpun harganya agk mahal.??? doa sy, smoga cgu anis akn mendapat anugerah 2.... truskan perjuangan untuk berkarya...

(,")**JoSepH**(",) said...

cgu anis, bla nak kuarkan karya yg trbaru?? lpas ne bg citer yg bez2 ckit. tntang kehidupan hidup d kampus...hahaha.. lau x pun, prjuangan anak desa mngejar cinta dan cita..hehehe