Friday, August 28, 2009

Anugerah Pilihan Pembaca 2009

Majlis Anugerah Pilihan Pembaca 2009 untuk buku-buku dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris kategori fiksyen dan bukan fiksyen dianjurkan oleh Kedai Buku Popular dengan kerjasama akhbar Berita Harian telah berlangsung pada 26 Ogos 2009. Tujuan anugerah ini bagi memberi penghargaan kepada penulis-penulis tanah air. Tetamu istimewa pada hari itu ialah YM Profesor Diraja Ungku A.Aziz.

Dalam kategori fiksyen, lima orang novelis Alaf 21 telah turut tersenarai. Antaranya ialah Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Damya Hanna, Aleya Aneesa dan Kak Anis sendiri.

Keputusannya, tempat pertama dimenangi Siti Rosmizah (dari Buku Prima), kedua Aisya Sofea dan Ramlee Awang Murshid menduduki tempat ke-3. Tahniah kepada mereka yang menang!



Ramlee Awang Murshid, Kak Anis, Aisya Sofea dan Damya Hanna


Norhayati Berahim, kak anis, Damya Hanna dan Aisya Sofea



Qaisara, anak Yati Berahim ni memang cute sangat

2 comments:

(,")**JoSepH**(",) said...

wlupun x mnang, sy sbagi pnyokong setia cgu Anis akn sntiasa mnyokong karya Cgu anIs.. cuba lg pd masa akn dtg..

anisayuni said...

JoSepH ... terima kasih atas sokongan yang berterusan. Take care