Tuesday, October 13, 2009

Sana sini open house ...

Sabtu (10 Oktober 2009) - pagi lagi kak anis dah ke sekolah untuk menghadiri program Latihan Dalam Perkhidmatan yang diatur bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Macam biasalah, kehadiran adalah wajib.




Setelah tiga slot ceramah, pada pukul 12.30 tengah hari kami ke Dewan Ixora untuk Majlis Rumah Terbuka Saujana sempena Aidilfitri.



Sampul ketupat dianyam dua hari sebelum majlis. Istimewanya ketupat ini direbus oleh Pengetua di rumahnya.



Lemang dan rendang ayam dimasak oleh guru2 lelaki. Mereka memasak pada waktu malam dan guru2 perempuan tak dibenarkan datang. Sebabnya dia orang nak berkaraoke sambil memasak.


Dalam pukul 2, Kak anis minta izin dengan Pengetua untuk balik awal sikit kerana nak pergi ke majlis kahwin Carrie. Jangkanya boleh sampai dalam pukul 3 ptg, tapi MRR2 punyalah sesak. Jadi mohon maaf banyak2 kpd Carrie kerana tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Doa kak anis semoga Carrie dan suami berbahagia hingga ke anak cucu.

Juga ucapan Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Rizal dan Noor Aftalina yang melangsungkan perkahwinan di Tanjung Piandang, Perak. Semoga ikatan pernikahan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Bentong kerana ada jamuan rumah terbuka di rumah keluarga mentua yang dibuat selepas waktu Asar.



Pelbagai juadah disediakan. Antaranya mee hailam, sate, nasi impit, popia, wantan dan banyak lagi.



Jamuan tu juga sempena meraikan hari ulang tahun ibu mentua kak anis yg ke-86. Semoga mak sihat sejahtera, berbahagia dan dipanjangkan umur. Amin ...




Kek besday yg dibeli oleh Linda yg berkongsi tarikh lahir yg sama dengan neneknya.

Lepas Maghrib balik semula ke KL. MRR2 masih sesak. Kami berpusing sana sini cari jalan yang lega sedikit. Akhirnya hampir pukul 10 malam sampai di rumah.

Ahad: Kami beraya di rumah Pn. Latipah Omar di Puncak Jalil. Kemudian ke rumah Pakcik Raja (jiran selang sebuah rumah yang sepanjang bulan Ramadhan boleh dikatakan setiap hari tak pernah miss hantar juadah berbuka puasa), kemudian ke rumah Azhar dan Fauzi di BK5. Aduss, banyak sungguh open house!

6 comments:

Nabilahhuda Sallehudin said...

ouh, bestnya. miss Saujana so much.
teringin nak melawat teachers and friends, but SMKAKL busy dgn programs :(

ziekiera said...

Anisw...seronok gak satu hari jln cam tu..tough juga anis...dari pg sampai mlm..agknya tidur mlm tu tak khabar(kata org Kelantan)...open2 house ni mmg best tapi mkn kena berpada2...sihak lagi ya mentua anis walhal dah 80an...tak cuba korek2 petua dr dia sikit...hehehe..betul ke anis dan meen adik beradik ?

Julia & V said...

salam :) akak ni penulis novel kn :D
hebatnye >_< popular pulak tu

saya nak jemput akak baca online novel saya :) sila2 lah lawat ya :D

http://jeritanyangpudar.blogspot.com/

maaf kalau mengganggu ;) terima kasih

anisayuni said...

Nabilah ... kalau senang nanti datang laa. Akhir tahun ni dah busy dgn latih tubi berfokus utk SPM.

anisayuni said...

zie, kalau nak diikutkan memang penat, tapi dikuatkan juga semangat. Mak mentua, alhamdulillah masih sihat. Masih kencang di dapur. Memang Anis dgn Kak Meen adik beradik. Rupa tak sama eh!

anisayuni said...

Julia, kak anis ni penulis kecil2an aje. Nanti insya-ALLAH kak anis singgah ke blog Julia.