Tuesday, March 16, 2010

Pesta Buku 2010 di PWTC

Selamat bercuti ... buat guru dan murid2 sekolah.

Isnin - kak anis memulakan cuti dengan tanggungjawab sebagai ketua pengawas untuk peperiksaan ABRSM (Teori). Mujurlah hanya sehari kerana seperti peperiksaan am yang lain, pukul 6.30 pagi dah keluar rumah untuk mengambil kertas soalan di bilik kebal di Jalan Raja Muda. Tamat peperiksaan, kumpul skrip jawapan dan susun ikut sekolah muzik. Dibungkus dengan kemas serta dilabel kerana skrip ini akan dipos ke London oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan. Selesai tugasan dan sampai di rumah pukul 3 petang.

Terima kasih daun keladi kerana guru2 yang membantu: Fauziah, Rohaida, Wan Nasruhazli, Hazira, Nurul Aima, Diana, Haliza dan Pearly.

Selasa - hari ni nak pergi ambil Princess, Lola dan Alice di pet shop. Jumaat lepas kak anis hantar untuk 'ikat' atau buang peranakan agar ketiga2nya tak beranak. Bukan kejam, tapi tak larat kalau banyak sangat anak kucing dalam rumah. Dan kesian tengok kalau anak2 kucing yg comel tu bunting. Kos 'ikat' utk seekor kucing RM 150 ... tak termasuk kos menginap di 'hotel' untk empat malam. Boleh saja diambil cepat, tapi kak anis bimbang infeksi pada luka pembedahan. Walaupun hanya kucing tempatan, tapi biayanya sama macam kucing Parsi.

Rabu - sesi fotografi di Karangkraf

Khamis - rehat di rumah

Jumaat hingga Ahad - insya-ALLAH di Pesta Buku.

Isnin mula sekolah. Kembali sibuk dengan urusan pentadbiran, mengajar dan buat persiapan untuk Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG pada 27 Mac (Sabtu). Jadi pada hari tu, kak anis akan ke PWTC pada sebelah petang. Tanggungjawab di sekolah perlu diberi keutamaan.

Semoga kita berkesempatan bertemu di Pesta Buku PWTC

4 comments:

shafahanz-iman said...

Salam, Kak. InsyaAllah kita jumpa hujung minggu ini di pesta buku..

anisayuni said...

w'salam Shafahanz-iman. Insya-ALLAH panjang umur kita jumpa.

Omecool20 said...

kak anis ... hujung minggu hari sabtu ptg dijangkakan kak anis ada pukul berapa ? Hari Ahad bagaimana pula ? terima kasih :)

Ayuni.Bitter said...
This comment has been removed by the author.