Wednesday, March 3, 2010

*Saat Kau Kata Cinta*

Buat semua peminat novel tanah air,

SAAT KAU KATA CINTA kini sudah berada di pasaran. Sudi2kanlah menatap buah tangan terbaru daripada kak anis.

Terima kasih atas sokongan yang berterusan. Terima kasih atas komen-komen ikhlas yang membina serta dorongan yang membakar semangat untuk kak anis terus berkarya.

Terima kasih kepada Alaf 21 dan seluruh warga kerjanya atas penerbitan novel ini.






Sinopsis

MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.

Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

20 comments:

| S E P E T | said...

harus + wajib beli!

wuTeva-gurLz_donT-caRe & doNt miNd said...

nk bli jgak!! nnty tempah kt Daniel jer.. sy dok BK..kwn Daniel 1 skul..dulu ada bli dr Daniel gak..nme saye Aisyah...
nk jd penulis novel..hihihi..

anisayuni said...

SEPET ... sudi2kan ya!

Aisyah, nanti bagitahulah pada Danial. Selalu baca novel, insya-ALLAH nanti boleh mula menulis

shafahanz-iman said...

Salam Kak, tak tau nak komen apa..
Dari suara hati hinggalah ke saat kau kata cinta.. semuanya best2 belaka.
Gemersik Kalbu meninggalkan kesan dihati, sehinggakan saya berangan2 utk memiliki x-trail...!!

Nabilah Idris said...

kena beli ni..
mmg tiap2 tahun tunggu novel kak anis.
nnt harap2 dapat jmpa masa pesta buku & dapat autograf..
xsabar2..

zakierah said...

masih blom berkesempatan untuk membeli dek kerana kekangan masa.. tak sabar rasanya nak baca novel2 akak, semua best, blom ada yang menghampakan..

anisayuni said...

Nabilah, insya-ALLAH nanti kita jumpa. Kenalkan diri ya kerana kak anis tak dpt nak ingat atau cam muka pembaca2 yg sudi singgah dan menyapa kak anis di sini.

anisayuni said...

Zakierah, kalau ada kesempatan, datanglah ke Pesta Buku di PWTC.

nadiah_abdllah said...

Salam...
saya dah beli... and baru baca separuh jalan.
sememangnya saya setiap tahun tunggu novel anis ayuni...
x beli pun baca kawan punya...
hrp penulis success selalu..
:D

kusairi said...

Novel Saat Kau Kata Cinta, bagi saya kurang memberangsangkan. Buat saya sakit hati saja. Saya cukup sakit hati dgn Darwani kerana melepaskan cintanya dgn Hijaz. Dia sanggup mengakhiri cintanya yg bagai nak rak tu kpd seorang kwn yg dikenali di PLKN. Dia langsung tak berusaha mempertahankan cinta Hajaz kpdnya.Kalau benar Hijaz curang satu hal jugak, baru tengok gambar dah mengalah. Bencinya! sakit hati!Kesian Hijaz...

dyea said...

saya sentiasa suka baca novel anis ayuni.terutama sekali seribu kali sayang..tapi xsempat beli novel sebelum saat kau kata cinta..pity me..

myfr3ak said...

ini bukan saja harus dibeli! Tapi harus dibuat drama TV! Cinta 3 Benua :D

Nor Haslin said...

sorry ya kak anis..tapi saya rasa novel ni kurang ad jiwa...banyak sgt maklumat pelancongan...3 cinta(hijaz,azril n syafi) tp suma tak mendlm..tak mcm 3 cinta (baein,lutfi n umar aisy) dlm bayangan rindu...

AnimNaim said...

salam..saya memang peminat setia akak...cuma novel terbaru ni saya rasa ada kekurangan sedikit...saat kau kata kau cinta..pada mukasurat 72...seolah2 telah melangkah ke masa hadapan dengan cepatnya sampaikan saya terpaksa semak balik mukasurat sebab ingatkan dah terselang ms....walaupun selepas itu ada flashback bagaimana pertemuan darwina dan Azril, tetapi jangka masa pertemuan itu lebih panjang berbanding dari saat Auntie Zehan sakit sehingga mereka berlepas ke LOndon..dan tidak juga ditulis bagaimana ayahnya berkahwin..daripada ayahnya berbaik dengannya sehingga menghantarnya ke hospital bagi mnjaga Autie Zehan, tiba2 hanya bertemu di kubur ibu tnpa mengetahui apa konflik yg telah berlaku...apa2pun selepas darwina sampai ke London, jalan ceritanya menjadi menarik dan tidak bercelaru...saya rasa kalau tak dimuatkan halnya sebelum ke london pun, novel ini cukup menarik....maafkan saya..saya hanya meluahkan ketidakpuasan saya kerana saya pening memikir kronologi cerita ini pada ms 72 hingga 80...

azrin said...

erm....saya berpuas hati dgn novel ini.tak rugi saya membelinya

chocottesweet said...

best sgt la crta ni...

cik said...

novel ini memang terbaik..saya xtipu...saya dah bca byk kali..say suka jalan cerita nya..sy terasaa sgt spt ada n wujud dalm novel ni..rasa jeles sgt ngn darwina..hurmm..hrp ayuni akn wat novel yang dpt menarik n mmbawa pembaca kedalam jalan ceritanya..huhu

Aleesya Syazreen said...

best...best...best...
mmg xrugi beli

Zateyl Lovera said...

Assalamualaikum .. Saya suka NOVEL ni :) Cerita diaa best !

nana dreaming said...

assalamualaikum,
novel ni telah saya gunakan untuk assigment saya.. saya merupakan pelajar kesusasteraan di USM, merujuk novel ni dan novel yang terindah, saya kira anis ayuni ada resepi yang tersendiri yang dapat saya tangkap dalam kedua-dua novel, apapun thank untuk kak anis.. semoga anda terus maju kerana anda memang seorang novelis terhebat dihati saya dan yang lain..