Salam buat semua yang meminati Gemersik Kalbu.
Waktu tayangannya diubah ke 02 Januari 2012.
Pelakon utamanya Ayu Raudhah dan Aqasha.
Drama bersiri ni adaptasi longgar. Jadi, plotnya mungkin hanya 40% sahaja drp novel Gemersik Kalbu.
Harap maklum.
Salam sayang.
P/s Terima kasih kerana terus menyokong hasil karya kak anis.
Salam buat semua.
Jangan lupa menonton drama bersiri Gemersik Kalbu yang akan mula bersiaran di slot Akasia TV3 (7.00 - 8.00 malam) mulai 26 Disember 2011 (Isnin - Khamis)
Sama-sama kita saksikan Sufian, Raihana, Wan Ariffin dll keluar dari novel ke kaca tv
Salam buat semua. Selamat menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagi yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung, berhati-hati semasa memandu. Ingat kepada insan-insan tersayang. Moga semuanya selamat tiba ke destinasi.
Salam buat semua,
Insya-ALLAH novel ke-10 kak anis akan berada di pasaran dalam bulan ini. Bagi yang berkesempatan ke Pesta Buku KL, sudi2lah singgah ke Booth Alaf 21. Kak anis akan berada di sana pada 24 April (Ahad), Sabtu dan Ahad minggu berikutnya.
Assalamualaikum.
Terima kasih kepada yang sudi singgah di sini. Memang dah sangat lama kak anis tak update blog. Barangkali kerana FB lebih memudahkan perhubungan, maka blog ni jadi bersawang.
Insya-ALLAH, kalau ada kelapangan, kak anis akan cuba update dgn berita terkini. Hingga kita jumpa lagi.