Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia kak anis. Terima kasih kepada mereka yang mengirimkan ucapan dan doa. Moga yang mengirim juga sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati ALLAH SWT hidupnya.
Seperti tahun2 sebelum ni, sekali lagi Mama Jambu, Sarrahany, Huda dan CT mengirim bunga dan kek. Terima kasih banyak2 kak anis ucapkan.
Tetapi memandangkan tiada siapa di rumah, setelah menelefon kak anis, si penghantar menitipkannya di rumah jiran. Berdasarkan alamat, dia menelefon suami kak anis. Lalu dialog antara mereka jadi lebih kurang begini (...spt yg diceritakan oleh Z)
Steven: Siapa Anis Ayuni?
Z : Oh, tu girlfriend I!
Steven: Err ...(tergamamlah kot ...) ni ada orang hantar bunga dengan kek.
Z : Hari ni birthday dia. You diam2 ya, jangan bg tau my wife.
Kak anis bersama Serunai Faqir @ Khairul, penulis baru Alaf
Salam buat semua,
Memang teramat lama kak anis tak up-date n3 ... kali akhir tentang trip ke Turki. Sejak sebelum buka sesi persekolahan, mmg kak anis sentiasa sibuk. Tanggungjawab 4 dalam 1 membuatkan kak anis sentiasa mengejar masa.
Minggu lepas kursus 2 hari di Putrajaya. Sukan sekolah pada hari Jumaat di Stadium Bukit Jalil pun kak anis tak dapat pergi sebab perlu hadiri mesyuarat di jabatan. Karnival di Karangkraf kak anis jenguk sekejap pada hari Ahad (1 Mac) kerana dah janji dengan editor. Sambutannya memang meriah. kak anis dapat bertemu, beramah mesra dengan peminat novel yang singgah di gerai Alaf.
7 Mac nanti mesyuarat agung PIBG. Kemudian buat persediaan untuk pertandingan berzanji marhaban pada 28 Mac. April pula Hari Anugerah Cemerlang. Di samping semua tu dan mengajar, kena pula buat pencerapan pengajaran guru dan semakan buku-buku nota dan latihan secara berjadual. Banyak sungguh benda yang nak kena buat!
Jadi memang kak anis tak selalu dapat up-date blog dgn n3 terbaru. Bagi yang tak sempat dan terlambat kak anis balas e-mel dan tag board, seribu kemaafan kak anis pohon. Insya-ALLAH apabila ada kelapangan, kak anis akan balas.
Salam manis drp kak anis.