Monday, April 4, 2011

Cinta yang Kurasa

Salam buat semua,

Insya-ALLAH novel ke-10 kak anis akan berada di pasaran dalam bulan ini. Bagi yang berkesempatan ke Pesta Buku KL, sudi2lah singgah ke Booth Alaf 21. Kak anis akan berada di sana pada 24 April (Ahad), Sabtu dan Ahad minggu berikutnya.


Thursday, March 3, 2011

Salam sejahtera

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada yang sudi singgah di sini. Memang dah sangat lama kak anis tak update blog. Barangkali kerana FB lebih memudahkan perhubungan, maka blog ni jadi bersawang.

Insya-ALLAH, kalau ada kelapangan, kak anis akan cuba update dgn berita terkini. Hingga kita jumpa lagi.

Monday, June 21, 2010

Percutian di Kemboja @ Cambodia

Percutian selama 5 hari 4 malam bermula dari 14 - 18 Jun 2010. 2 malam di Siem Reap. Hari ketiga ke Phnom Penh. Cuaca di sana sangat panas. Perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh mengambil masa kira-kira 6 jam. Jalan rayanya tak seelok jalan raya di negara kita. Bas pun dipandu perlahan kerana banyak VIC (Very Important Cow) dan VID (Very Important Dog). Peminta sedekah jalanan juga sangat ramai. Bagi duit kepada seorang, entah dr mana menderu datang yg lain. Akhirnya kami sepakat bagi makanan ... roti, biskut, coklat etc.


Baru sampai di Lapangan Terbang Siem Reap


Melawat muzium di Phnom Penh


Menaiki bot menyusuri Tasik Tonle Sap. Air surut pada musim panas.


Di hadapan pintu masuk ke Angkor Thom


Nanti dalam n3 berikutnya, kak anis akan masukkan gambar2 di Angkor Wat, medan Killing Field dan gambar2 lain sekitar Phnom Penh

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Banyak ucapan sempena sambutan Hari Guru yang kak anis terima. Ada yang serius dan ada yang agak lucu. Antaranya:

Apakah cita2 anda sebelum menjadi guru? Mejistret? Loyar? Engineer? Anda menyesal jadi guru? Cuba lihat, ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang berani sarung kot doktor?

Tapi guru adalah SEMUA itu. Kita laa doktor bila budak sakit, loyar bila parents soal, mejistret bila budak bergaduh. Hatta security guard dan ahli nujum pun kita! Semalam pulak jadi tukang kebun masa gotong-royong perdana. Oleh itu banggalah jadi guru. SELAMAT HARI GURU

p/s Semalam 4 kumpulan guru di sekolah kak anis buat 4 mural di dinding yg sebelum ni penuh dgn contengan murid2 yg nak lepaskan tension.

Saturday, March 20, 2010

Sekitar Pesta Buku 2010


kak anis, Norzailina, Bonda dan kak sri


Nur, Bonda, Norzailina, Sri Diah dan Ayu Emelda


Tak sangka bertemu dgn ahli Kumpulan Raihan. Zulfadli tu bekas anak murid kak anis di SMK Desa Tun Hussein Onn


Kak anis, Sarina, Aisya Sofea dan kaknOOr


kak anis dan kak sri bergambar dengan Muzri@penulisan2u


kak anis, Noorin, Hani Fazuha, kaknOOr dan Roro


Bonda, Rozita, kak anis, kak meen dan Pokcik Mersik

Tuesday, March 16, 2010

Pesta Buku 2010 di PWTC

Selamat bercuti ... buat guru dan murid2 sekolah.

Isnin - kak anis memulakan cuti dengan tanggungjawab sebagai ketua pengawas untuk peperiksaan ABRSM (Teori). Mujurlah hanya sehari kerana seperti peperiksaan am yang lain, pukul 6.30 pagi dah keluar rumah untuk mengambil kertas soalan di bilik kebal di Jalan Raja Muda. Tamat peperiksaan, kumpul skrip jawapan dan susun ikut sekolah muzik. Dibungkus dengan kemas serta dilabel kerana skrip ini akan dipos ke London oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan. Selesai tugasan dan sampai di rumah pukul 3 petang.

Terima kasih daun keladi kerana guru2 yang membantu: Fauziah, Rohaida, Wan Nasruhazli, Hazira, Nurul Aima, Diana, Haliza dan Pearly.

Selasa - hari ni nak pergi ambil Princess, Lola dan Alice di pet shop. Jumaat lepas kak anis hantar untuk 'ikat' atau buang peranakan agar ketiga2nya tak beranak. Bukan kejam, tapi tak larat kalau banyak sangat anak kucing dalam rumah. Dan kesian tengok kalau anak2 kucing yg comel tu bunting. Kos 'ikat' utk seekor kucing RM 150 ... tak termasuk kos menginap di 'hotel' untk empat malam. Boleh saja diambil cepat, tapi kak anis bimbang infeksi pada luka pembedahan. Walaupun hanya kucing tempatan, tapi biayanya sama macam kucing Parsi.

Rabu - sesi fotografi di Karangkraf

Khamis - rehat di rumah

Jumaat hingga Ahad - insya-ALLAH di Pesta Buku.

Isnin mula sekolah. Kembali sibuk dengan urusan pentadbiran, mengajar dan buat persiapan untuk Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG pada 27 Mac (Sabtu). Jadi pada hari tu, kak anis akan ke PWTC pada sebelah petang. Tanggungjawab di sekolah perlu diberi keutamaan.

Semoga kita berkesempatan bertemu di Pesta Buku PWTC