Saturday, February 22, 2014

Pandora ... untuk Insyirah Hayati ...

Macaroons

Mengapa kak Anis post gambar Macaroons? Ada laaa ;p nantikan :)

Saturday, April 28, 2012

Kejora di Langit Cinta

Kejora di Langit Cinta, novel ke-11 kak anis akan menemui peminat novel pada hari2 terakhir Pesta Buku KL. Bg yg berkesempatan ke sana, sudilah bertemu dengan kak anis ya.

Tuesday, April 17, 2012

Salam manis ....

Salam buat semua.

Lama sungguh kak anis tak update blog hinggakan nak masuk oggix pun dah tak boleh @ tak faham arahan2 yg mengelirukan.

Bagi sesiapa yang mengirim kat shoutbox, terima kasih kak anis ucapkan.

Jutaan terima kasih kerana baca novel2 kak anis. Selepas Gemersik Kalbu, kita nantikan pula Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu bersiaran.

Tentang Gemersik Kalbu, memang tak berapa ikut plot asal. Banyak sangat tokok-tambahnya hingga lari jauh dari cerita asal. Apapun, yg dah lepas tu biarlah berlalu. Harap2 Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu lebih baik apabila diadaptasi ke telefilem/layar lebar.

Sama2 kita nantikan ya!

Friday, December 16, 2011

Gemersik Kalbu



Salam buat semua yang meminati Gemersik Kalbu.

Waktu tayangannya diubah ke 02 Januari 2012.

Pelakon utamanya Ayu Raudhah dan Aqasha.

Drama bersiri ni adaptasi longgar. Jadi, plotnya mungkin hanya 40% sahaja drp novel Gemersik Kalbu.

Harap maklum.

Salam sayang.


P/s Terima kasih kerana terus menyokong hasil karya kak anis.

Monday, December 5, 2011

Gemersik Kalbu

Salam buat semua.

Jangan lupa menonton drama bersiri Gemersik Kalbu yang akan mula bersiaran di slot Akasia TV3 (7.00 - 8.00 malam) mulai 26 Disember 2011 (Isnin - Khamis)

Sama-sama kita saksikan Sufian, Raihana, Wan Ariffin dll keluar dari novel ke kaca tv