Salam buat semua. Memang blog kak anis dah bersawang kerana sibuk dgn manuskrip dan masih ke sekolah untuk kerja2 pentadbiran. Kemudian tak dapat layari internet kerana streamyx buat hal. Kena tunggu sampai 24 Disember baru ok. Ni kak anis di rumah Kak Meen. Jadi dapatlah tumpang line dia.
Anak-anak Isabellap/s Kak anis nak pergi cuti ...
Memang bukan senang nak dibawa semua penulis berkumpul kerana masing2 ada komitmen, lebih2 lagi Chef Lina yg sentiasa padat jadualnya. Jadi apabila Lina beri tarikh 1 Nov, kak anis terus setuju ... lantas mengundang penulis2. Namun yg dapat datang cuma beberapa orang. Apapun, alhamdulillah kerana pertemuan itu sangat meriah dan berinformasi. Terima kasih kepada Lina, Kak Meen, Kak Iris, Lynn Dayana, Hezy, Hani kerana sudi datang ke rumah kak anis.
Kak anis dengan Cikgu Lina. Sebelum cheese cake ni masuk ke dalam oven, semua nak posing dulu ..
Lynn Dayana rajin betul. Ehem, boleh buat menantu!
Kak Iris sedang mengacau white sauce
Hani Fazuha sedang letak white sauce di atas lapisan lasagna
Danial sedang tekun belajar dengan Cikgu Lina buat cheese cake
Kecohnya apabila semua nak belajar buat lasagna
Cheese cake yang dah siap. Memang sedap!
Z masak spagetti ... ala2 spagetti yang Umar Aisy masak masa jemput Iddya dan kawan2 dtg rumah dia ... Bayangan Rindu.
Lasagna ni memang sangat enak ...