Thursday, February 18, 2010

Cuti CNY

Malam Isnin, kak anis terima panggilan telefon drp Teh yang mengatakan emak sesak nafas. Mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa emak ke hospital, walaupun emak yang ketika itu dalam keadaan mencungap mencari udara untuk bernafas memberitahu yang dia hendak mati di rumah. Teh bertambah sebak apabila emak menyuruhnya memanggil adik-beradik yang lain. Kecoh juga Teh dibuatnya kerana tiga orang bercuti di utara, seorang di pulau (heheh ... Kak Meen di Pulau Tioman rasa macam nak berenang balik), kak anis dan abang yang sulung di KL.

Sebenarnya kak anis sudah merancang hendak ke Kuantan pada hari Rabu. Sebelum itu biar adik yang bongsu menjenguk emak. Kemudian cuti sempena Maulidur Rasul, yang lain pula menjenguk emak. Diatur begini supaya sepanjang cuti sentiasa ada anak dan cucu-cucu dengan emak.

Adik sampai di Kuantan pada pukul 1 pagi, tetapi tidak dibenarkan melawat emak. Awal pagi Isnin, Kak anis bertolak dari KL. Ijoi hantar kak anis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan pukul 12.20 tengah hari. Tetapi rupa-rupanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, waktu melawat bermula pukul 1 tengah hari. Guard yg jaga pintu tak bagi masuk. Kena tunggu pukul satu jugak!

Alhamdulillah emak dah beransur segar. Tetapi kesian tengok kesan-kesan lebam bekas suntikan. Katanya doktor susah nak cari urat untuk ambil darah, jadi terpaksa cuba berkali-kali.

Satu perkara yang menyedihkan, emak duduk di wad kelas 3. Bising dan sempit kerana di ruang yang kecil itu ditempatkan 6 buah katil. Kak anis bawa GL dengan harapan emak dipindahkan ke wad kelas 1, tapi kata doktor di wad kelas 1 jarang ada doktor. Hanya nurse sahaja yang menjaga, sedangkan di wad kelas 3 doktor sentiasa ada kerana bilangan pesakitnya ramai. Memandangkan emak mungkin menghadapi serangan jantung lagi, jadi doktor nasihatkan agar emak duduk sahaja di wad itu.

Hari Rabu emak sudah dibenarkan keluar. Lega kerana tidaklah setiap pagi kena suntik untuk ambil darah.

Monday, January 18, 2010

Salam buat semua ..

Salam buat semua. Sekian lama blog ini terbiar dan bersawang kerana tuan rumah sangat sibuk dengan pelbagai urusan. Masalah dengan streamyx berterusan hingga 29 Disember. Masa tu kak anis dah sibuk dengan sesi persekolahan yang akan menjelang. Mesyuarat guru, orientasi Peralihan dan Tingkatan Satu, hari pertama persekolahan dan lepas tu berderet2 mesyuarat. Ditambah lagi dengan editing menuskrip ...

Gambar2 sekitar lawatan ke Beijing - Disember 2009







Di Tembok Besar. Cuaca sangat sejuk - hingga di bawah paras beku.


Di hadapan Masjid Niujie ... tempat pertemuan Zairi - Dhira dalam Kau Kekasihku


Dalam Masjid Niujie


Gambar ini dirakam ketika sedang menaiki beca di Hutong. Macam naik beca melawat sekitar Jonker Walk, Melaka


Luqman dan Danial dalam Jade Centre


Air terjun kecil di hadapan hotel penginapan sudah membeku


Di hadapan Stadium Bird Nest. Angin sejuk membuatkan dalam kebanyakan masa, kami menutup mulut dengan mafler.


Berlatar belakang Tasik Kunming yang membeku di Kota Larangan


Di hadapan Hard Rock Cafe, Beijing


Panda sedang makan daun buluh


Panda Zoo

Tuesday, December 15, 2009

Problem dgn streamyx

Salam buat semua. Memang blog kak anis dah bersawang kerana sibuk dgn manuskrip dan masih ke sekolah untuk kerja2 pentadbiran. Kemudian tak dapat layari internet kerana streamyx buat hal. Kena tunggu sampai 24 Disember baru ok. Ni kak anis di rumah Kak Meen. Jadi dapatlah tumpang line dia.


Anak-anak Isabella

p/s Kak anis nak pergi cuti ...