Thursday, February 18, 2010

Cuti CNY

Malam Isnin, kak anis terima panggilan telefon drp Teh yang mengatakan emak sesak nafas. Mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa emak ke hospital, walaupun emak yang ketika itu dalam keadaan mencungap mencari udara untuk bernafas memberitahu yang dia hendak mati di rumah. Teh bertambah sebak apabila emak menyuruhnya memanggil adik-beradik yang lain. Kecoh juga Teh dibuatnya kerana tiga orang bercuti di utara, seorang di pulau (heheh ... Kak Meen di Pulau Tioman rasa macam nak berenang balik), kak anis dan abang yang sulung di KL.

Sebenarnya kak anis sudah merancang hendak ke Kuantan pada hari Rabu. Sebelum itu biar adik yang bongsu menjenguk emak. Kemudian cuti sempena Maulidur Rasul, yang lain pula menjenguk emak. Diatur begini supaya sepanjang cuti sentiasa ada anak dan cucu-cucu dengan emak.

Adik sampai di Kuantan pada pukul 1 pagi, tetapi tidak dibenarkan melawat emak. Awal pagi Isnin, Kak anis bertolak dari KL. Ijoi hantar kak anis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan pukul 12.20 tengah hari. Tetapi rupa-rupanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, waktu melawat bermula pukul 1 tengah hari. Guard yg jaga pintu tak bagi masuk. Kena tunggu pukul satu jugak!

Alhamdulillah emak dah beransur segar. Tetapi kesian tengok kesan-kesan lebam bekas suntikan. Katanya doktor susah nak cari urat untuk ambil darah, jadi terpaksa cuba berkali-kali.

Satu perkara yang menyedihkan, emak duduk di wad kelas 3. Bising dan sempit kerana di ruang yang kecil itu ditempatkan 6 buah katil. Kak anis bawa GL dengan harapan emak dipindahkan ke wad kelas 1, tapi kata doktor di wad kelas 1 jarang ada doktor. Hanya nurse sahaja yang menjaga, sedangkan di wad kelas 3 doktor sentiasa ada kerana bilangan pesakitnya ramai. Memandangkan emak mungkin menghadapi serangan jantung lagi, jadi doktor nasihatkan agar emak duduk sahaja di wad itu.

Hari Rabu emak sudah dibenarkan keluar. Lega kerana tidaklah setiap pagi kena suntik untuk ambil darah.

13 comments:

sofi said...

salam anis.
ini sofi. tumpang sedih dengar ttg mak anis. harap banyakkan bersabar, ya. cuma, sofi nak share pengalaman sikit.
anak sofi sakit dua minggu kat hospital. dua hari pertama duduk kelas tiga, mmg byk doktor, nurse dtg lawat dan tgk. tp bila msk kelas satu aje, sampai terpaksa merayu nak mintak panadol utk kurangkan demam dia.mmg benar, kelas 3 tu sesak tp doktor ramai kat situ berbanding kl kita dok kat kelas 1. ntah, hukum apa hospital pakai, sofi pun x faham gak.
apapun, sabar byk2, ya.

anisayuni said...

Sofi, masa kak anis temankan emak, memang kejap2 nurse dan doktor pelatih dtg. Check tekanan darah, check bacaan gula dalam darah etc. Selain drp doktor yg bertugas, dalam wad tu pulak banyak doktor pelatih dan nurse pelatih. Dah namanya pelatih, maka macam2 yg mereka nak check utk tujuan buat laporan dll.

ina said...

alhamdulillah mak dah kaur dari wad. moga tambah sihat dgn kehadiaran anak cucu.lama tak jumpa anis. rindu la pulak.harap BF2010 sy kesempatan g..

Norabella said...

Alhamdulillah mak kak anis sudah kembali sihat. Tiada apa yang lebih baik dari menjaga sendiri ibu yang sedang sakit.

awanis said...

memang mcm tu kalu hosp gov. kelas 3 mmg ramai dr.& nurse yg bagus tindakan perawatan dpt dibuat dgn segera tp kelas 1 dr oncal haya ada 1 org yg cover 1 hosp. tu yg lambat. kelas 3 masalahnya sesak..tu jea... nurse klang

Dunay lovers Fans said...

Salam Kak Anis,

Saya turut simpati dengan kejadian yang menimpa akak. Bila baca cerita akak, teringat arwah mak dulu. Bila mula-2 dia kena strok kelam-kabut saya dibuatnya. Mujur ketika arwah kena serangan strok ayah ada dirumah. Saya pula dari ofis terkejar-kejar balik ke rumah dengan satu panggilan telefon dari ayah. Saya kesian dan ngeri tengok doktor-2 kat UH cucuk-2 lengan arwah sampai lebam-2 dibuatnya. Ada sekali tu, sebelum nak dialisis, doktor cucuk dekat leher arwah nak masukkan tiub. Saya sampai menangis kat luar bilik dgr arwah merintih kesakitan. Tapi sampai sekarang saya terkilan sebab tak sempat nak minta ampun dan maaf sebab arwah pergi dalam keadaan koma selepas dialisis. Dalam terkilan, saya bersyukur sbb diberi peluang untuk menjadi arwah selama 3 tahun sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Pesan saya, selagi ada mereka hendaklah kita sentiasa berbuat baik. Kalau mereka boleh menjaga kita dari kecil hingga dewasa, mengapa tidak kita sebagai anak pula mengambil tangungjawab itu.

anisayuni said...

ina, syukur mak kak anis dah keluar dari wad. Rawatan ok, cuma dlm wad tu tak ada tv. Mak kak anis macam bosan sebab dia suka tengok drama. Tapi kalau ditanya semula jalan ceritanya, dia bukannya ingat sangat. Heeheh ... *almaklum umur pun dah 80-an
p/s Insya-ALLAH nanti kita jumpa masa Pesta Buku

anisayuni said...

Bella, sepanjang siang kak anis menemaninya, emak tak tidur. Dia suka bercerita. (Nak baca surat khabar, cermin matanya tertinggal di rumah). Kadang2 dia tanya soalan yg sama berulang2 kali. Begitu juga dia ulang2 cerita yg sama. Kak anis layankan aje ...

anisayuni said...

Awanis, mmg ramai doktor dan nurse dlm wad tu. Sebenarnya mak kak anis tak kisah, cuma kamilah (anak-anak) yg nakkan mak lebih selesa kalau masuk wad kelas 1 atau 2.

anisayuni said...

Dunay lovers Fans,
lebih kurang 6 tahun yg lalu, emak kak anis keluar masuk UH. Satu ketika, doktor pakar bagitahu suruh panggil semua adik-beradik dtg melawat kerana katanya, dah tak ada harapan lagi. Semuanya dtg hampir serentak, w/pun sebelumnya emak tak putus2 diziarahi anak2. Dgn kuasa ALLAH, keesokan harinya, emak segar semula. Doktor pun pelik dgn perubahannya. Kemudian doktor mencadangkan agar emak dibedah. Masih ingat lagi, Kak anis menunggunya di luar bilik pembedahan sehinggalah emak dipindahkan ke wad. Alhamdulillah, ALLAH memanjangkan umurnya.

nalhuda said...

cari kak anis hari sabtu, tapi tak jumpa..frust jugak.bila lagi kak anis ada.next week ada tak?

anisayuni said...

Nalhuda ... insya-ALLAH kak anis akan berada di PWTC pada petang Sabtu (lepas program sekolah) dan sepanjang hari Ahad. Jumpa Nal di sana!

anisayuni said...

Nalhuda ... insya-ALLAH kak anis akan berada di PWTC pada petang Sabtu (lepas program sekolah) dan sepanjang hari Ahad. Jumpa Nal di sana!