Thursday, May 22, 2008

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat negeri telah pun diadakan semalam di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. Kira-kira pukul 1.30 thari, dari sekolah kak anis ke sana dgn Siti Nora dan Normawati. Dua orang guru lagi dah pergi lebih awal kerana sekolah kak anis jadi jawatankuasa jamuan.

Majlis berakhir kira2 pukul 5 petang. KL yang sebelum ni panas terik, tiba2 semalam hujan lebat mencurah. KL apa lagi kalau hujan ... jalan jam. Nak melepasi Jalan Ampang untuk menyampai ke exit Lebuhraya KL - Putrajaya punyalah seksa. Kami sampai di sekolah dekat pukul 8. Ambil kereta dan terus balik ikut Lebuhraya KESAS. Sampai rumah pukul 8.15 pm. Pegi dengan bulan, balik pun dengan bulan + terperangkap dlm kesesakan. Adui, penatnya!

Esok sambutan Hari Guru di sekolah pula. Sesi pagi dan petang akan bergabung. Tolak yg 'sesat' dan tak jumpa jalan ke sekolah, dijangka 1500 pelajar akan berhimpun serentak (jumlah sebenar 1914 orang). Bising dah tentu sampai mcm boleh terangkat bangunan sekolah. Biasanya bila dah camgini ... kak anis hanya pandang. Kawal setakat jgn sampai timbul kes gaduh dan seumpamanya. Susahnya jaga anak orang. Sesekali tertanya2 juga ... mak bebudak ni bagi anak dia makan apa?

6 comments:

She's The One said...

hahaha..
anak sedara sy yg sekolah sama dengan anak sulung akak tu penah kene simbah milo..ganas tul budak pompuan skrg...:D

anisayuni said...

she's the one ... tu kes kene simbah milo. Rabu lepas kami tangkap dua pelajar perempuan Ting. 3 (bukan Islam) minum beer dlm kelas. Minuman dlm tin ni cukup mudah 'diseludup' dlm kwsn sekolah. Seorang terus pening dan jln terhoyong-hayang ... muka merah mcm udang kena bakar. Dua2 kena gantung sekolah utk jadi pengajaran pd pelajar2 lain.

miss_tree said...

salam, kak anis.
saya baru selesai membaca karya terbaru dari kak anis, seribu kali sayang..
memang seribu kali sayang saya dengan kak anis!!hehehehe..
cerita yang sangat menarik.

oh, saya terlepas pesta buku di KB.
kalau tahu kak anis ada di sana tentu saya akan cari peluang ke sana.
mungkin belum rezeki untuk bertemu mata dengan salah seorang local author kegemaran saya ni.

salam kenal!!:D

anisayuni said...

miss_tree ... salam kenal drp kak anis. Terima kasih kr luangkan masa baca Seribu Kali Sayang ... lega kr miss_tree menyukainya. Insya-ALLAH dipanjangkan umur, suatu hari nanti kita akan berjumpa.

cikgooden said...

akum kak anis....keh..kek.kek...budak2 skolah skang memang camtu la..rasa nak tenyeh je sorang2..tapi bila ngenangkan kalau anak sendiri yang dibuat cam gitu..apa perasaaan kita yek...so kasihi anak orang.mudah2an anak anak kita juga dikasihi orang...

anisayuni said...

cikgooden ... budak2 tu kalau tak pandai tak per, kami boleh ajar. Duduklah dlm kelas naknya, tp ni tak ... melawan, malas, suka merayau, panjat tembok, dtg lambat etc yg buat kami rasa cukup terseksa nak bg ilmu. Tak taw laa kat sekolah cikgooden macam mana ...