Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Ucapan khas ini ditujukan kepada semua warga pendidik di seluruh tanah air. Semoga terus bersemangat, cekal, tabah, berdedikasi dan berketrampilan dalam mendidik anak bangsa.

Hayatilah sajak Guru o Guru nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

14 comments:

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Anis,
Selamat Hari Guru dan belated Hari Ibu!
Bila baca sajak ni... teringat kat semua guru2 di CBN dulu...semoga mereka sejahtera hendaknya.

She's The One said...

kak anis...
selamat hari guru..

anisayuni said...

terima kasih she's the one atas kiriman ucapan.

anisayuni said...

hezzy azra ... agaknya masih berhubung lagi ke dgn bekas2 guru tu? Baru2 ni kak anis jumpa semula Uztazah Saadah, ustazah yg ajar P.Islam masa kak anis di Tingkatan 1 (1976) .. detik tu mcm jejak kasih pulak

arirada said...

kak anis, selamat hari guru! Lepas ni nak mintak tips untuk jadi guru berdedikasi ngan kak anis,ya!

anisayuni said...

arirada ... ngajar kat mana? Tentang tips ... yg penting jati diri dan sedar tanggungjawab yg diamanahkan mesti dilaksanakan dgn sebaik2nya.

anisayuni said...

hezzy azra ... akak baru tau hezzy dengan Aliza Azimah Ahmad dulu sama2 di CBN.

© OD said...

Salam Kak Anis...
Selamat Hari Guru walaupun dah terlewat. Selamat Hari Ibu juga.

Hezzy Azra... said...

Kak Anis, mana tahu saya dgn Aliza Azimah Ahmad sama2 CBN? Kenal dia ke? We were classmates in form 4 & 5... saya kenal dia sejak std 5 lagi! Cuma skrg jarang dpt jumpa...busy.

anisayuni said...

od ... salam kembali. Terima kasih atas kiriman ucapan2. Moga od bahagia selalu

anisayuni said...

Hezzy, Aliza Azimah tu anak saudara suami (anak kakak dia). Baru2 ni kami jumpa di Melaka. Dia buka cerita kata kawan dia juga tulis novel dgn Alaf. Rupa2nya Hezzy. Dunia ni kecik aje ...

Hezzy Azra... said...

Laaa... ye ke? So, Auntie Ramlah tu kira kakak ipar Kak Anis la ye? Dah lama jugak tak jumpa dia & Uncle Ahmad. Betul la...dunia ni semakin kecik!

anisayuni said...

wah, sampaikan mak dgn ayah Aliza pun Hezzy kenal! Agaknya tentu pernah ke rumah mereka di Valencia. Auntie Ramlah tu kakak suami. Mukanya kan sepesen aje dgn muka suami kak anis ...

Hezzy Azra... said...

Muka sepesen? Hahaha... skrg ni bila recall, mmg ada persamaan...rasanya muka abg Aliza yg 1st tu pun set-set tu jugak!
Ke Valencia, belum pernah lagi. Tapi umah diorg di Dsara Heights, pernah le jugak saya tido baring kat situ zaman bebudak dulu... hehe