Wednesday, May 28, 2008

WW Astro Awani - part 2

Mengenangkan kak anis tak pernah ke Wisma Bursa Saham dan hubby tak sempat nak menunjukkan arah jalan pada hari sebelumnya, maka kak anis ke sana dengan menaiki LRT ... mujurlah Luqman ada utk menemankan. *Memang kak anis fobia naik teksi setelah dengar macam2 cerita.*

Kak anis parkir kereta di Stesen LRT Bukit Jalil. Alhamdulillah pukul 10.30 pagi, kami sampai di Astro Awani. Elok juga sampai lebih awal kerana ada masa nak berbincang dengan Dang Suria, Fiza dan Azlina tentang slot kak anis selama 12 minit. Ya laa ... nak juga tau soalan-soalan yang akan diajukan. Kalau tak nanti meraban dan tergagap2 pulak nak menjawab.





Sambil menunggu tu, sempat pula bertemu dengan Arfan, tetamu untuk slot pertama. Kami berjiran rupa2nya kerana Arfan tinggal di Bukit Jalil.

Kak anis dgn Azlina ... seorang peminat novel.

kak anis dengan Fiza

Keramahan semua staf membuatkan kak anis berasa sangat selesa sepanjang berada di sana. Terima kasih WW Astro Awani kerana sudi mengundang kak anis ke studio.

Dang, Fiza n Lina ... terima kasih atas pertemuan yang manis ...

Anugerah Pilihan Pembaca


Majlis penyampaian Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008 telah diadakan pada 27 Mei 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 10 penulis telah disenarai pendek dalam setiap kategori. Untuk kategori fiksyen (Bahasa Malaysia), antaranya ialah Damya Hanna (Senafas Rindu ~ ALAF 21), Sharifah Abu Salem (Biar Rindu Berlalu ~ ALAF 21), Aina Emir (Bunga-bunga Kemboja ~ KarnaDya), Eita Ashyta (Kasih Seharum Lavender ~ Kaki Novel), Bikash Nur Idris (Atas Nama Cinta ~ Fajar Pakeer), Izzul Izzati (Kuseru Kasihmu ~ Kaki Novel) dan Fauziah Ashari (Cinta Tiada Akhirnya ~ Intens).


Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Ong Tee Kiat, Menteri Pengangkutan. Alhamdulillah kerana kak anis telah terpilih memenangi Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008 dalam kategori fiksyen. Novel BAYANGAN RINDU telah dipilih pembaca daripada 10 novel yang dipertandingkan. Aisya Sofea pula memenangi tempat kedua dengan novelnya, BUATMU KEKASIH, sementara Norhayati Berahim di tempat ketiga dengan novelnya, Murni Kasih.





Kak anis, Izzul Izzati dan Eita (penulis2 Kaki Novel) sebelum majlis bermula.


Kak anis dengan Fazli Yusof, pemenang kategori bukan fiksyen (Bahasa Malaysia)



Kak anis dengan En. Norden, GM Alaf 21




Jutaan terima kasih kepada semua peminat novel yang telah mengundi kak anis. Tanpa anda semua, siapalah Anis Ayuni.

Tuesday, May 27, 2008

Astro Awani

Setelah banyak kali tertangguh kerana program diadakan pada hari persekolahan, insya-ALLAH esok kak anis akan bersama Dang Suria di WW, ASTRO AWANI.


Tarikh : 28 Mei 2008 (Rabu)
Masa : 11.30 pagi - 12 tengah hari

Bual bicara kami nanti akan berkisar tentang novel terbaru SERIBU KALI SAYANG dan majlis penyampaian anugerah anjuran Berita Harian & Kedai Buku Popular yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2008.

Thursday, May 22, 2008

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat negeri telah pun diadakan semalam di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. Kira-kira pukul 1.30 thari, dari sekolah kak anis ke sana dgn Siti Nora dan Normawati. Dua orang guru lagi dah pergi lebih awal kerana sekolah kak anis jadi jawatankuasa jamuan.

Majlis berakhir kira2 pukul 5 petang. KL yang sebelum ni panas terik, tiba2 semalam hujan lebat mencurah. KL apa lagi kalau hujan ... jalan jam. Nak melepasi Jalan Ampang untuk menyampai ke exit Lebuhraya KL - Putrajaya punyalah seksa. Kami sampai di sekolah dekat pukul 8. Ambil kereta dan terus balik ikut Lebuhraya KESAS. Sampai rumah pukul 8.15 pm. Pegi dengan bulan, balik pun dengan bulan + terperangkap dlm kesesakan. Adui, penatnya!

Esok sambutan Hari Guru di sekolah pula. Sesi pagi dan petang akan bergabung. Tolak yg 'sesat' dan tak jumpa jalan ke sekolah, dijangka 1500 pelajar akan berhimpun serentak (jumlah sebenar 1914 orang). Bising dah tentu sampai mcm boleh terangkat bangunan sekolah. Biasanya bila dah camgini ... kak anis hanya pandang. Kawal setakat jgn sampai timbul kes gaduh dan seumpamanya. Susahnya jaga anak orang. Sesekali tertanya2 juga ... mak bebudak ni bagi anak dia makan apa?

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Ucapan khas ini ditujukan kepada semua warga pendidik di seluruh tanah air. Semoga terus bersemangat, cekal, tabah, berdedikasi dan berketrampilan dalam mendidik anak bangsa.

Hayatilah sajak Guru o Guru nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

Seorang wanita yang bergelar ibu itu terlalu tinggi nilai kasih dan sayangnya. Bukan setinggi bangunan tertinggi di dunia dan bukan juga seluas tapak tangan. Tetapi kasih sayangnya itu setinggi awanan di angkasa dan seluas dua per tiga lautan di bumi yang pusaran kasihnya tidak pernah lelah dan tidak kenal erti penat.

Selamat Hari Ibu. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan memberkati anda seisi keluarga.

**Catatan dalam kiriman salah satu sms yg kak anis terima sempena Hari Ibu.





Kad ucapan yg kak anis kirim kepada mak ... kad sekali gus sijil pengiktirafan untuknya sebagai ibu yg terbaik di dunia. Sayang mak ...

Seterika antik

Kalau hendak diikutkan hati, mmglah kak anis suka kumpul barangan antik, tapi kesempitan ruang membataskan hobi. Jadi yg boleh disimpan hanya barangan bersaiz kecil ... yang unik dan ada kenangan tersendiri.

Terkenang masa kecik2 dulu kami guna seterika arang utk gosok baju sekolah. Mak aii ... berat betul dan panas bukan main lagi. Berpeluh2 masa gosok baju. Seterika tu kakak dah amik ... jadi kak anis kenalah beli yg lain ...





Tiga biji seterika ni kami beli di Jalan Surabaya, Jakarta. Nama pun antik sb tu berhabuk. Hehehe ...











Seterika antik ni kak anis beli kat Pasar Khadijah, Kota Bharu.


Nanti kalau pergi lagi Kota Bharu, kak anis nak beli acuan kuih bahulu pulak. Dulu mak ada acuan macam tu, tak ntah dah 'diculik' oleh sape. Adik dah cuba cari, tapi tak jumpa.


***pssst ... nak kirim beli acuan kuih bahulu dgn Muz kalau di balik KB

Monday, May 5, 2008

Kenangan di Pesta Buku Kelantan

Alhamdulillah setelah bertahun2, akhirnya kak anis menjejakkan kaki sekali lagi di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kunjungan kali ini bertujuan untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Kelantan 2008 yang diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB. Kak anis ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminat2 novel yang sudi singgah di gerai Alaf 21 untuk beramah mesra dan mendapatkan autograf.






kak anis snap gambar ni di airport ... masa tunggu Lina dgn Saadi ambil beg









Bergambar di hadapan rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka






Pemandangan dalam pasar Siti Khadijah. Di tingkat 2, kami beli kain batik dan kain tudung. Rambang mata weh ...








Lauk-pauk yang dijual di Gerai Yati ... gulai kawah dan ayam percik kat gerai ni sungguh istimewa.









Ada puding karamel ... kesukaan Nazmi n Ifti Liyana dalam Manisnya Cinta


















Kat lobi hotel penginapan - Hotel New Pacific







Tak sangka jumpa Wan Amalyn di Kelantan. Terima kasih atas sokongan ...









Begitu juga dgn Muz. Kak anis ingat Muz main2 jer cakap nak balik Kota Bharu. Terima kasih ya kr sudi singgah ...