Monday, May 4, 2009

Demi ...

Alhamdulillah apabila kak anis terpilih menerima 'hadiah' itu. Lalu pada 01 - 03 Mei, tiga siang iaitu dari pukul 8 pagi hingga 7 malam diisi penuh dalam majlis ilmu. Pengisian ilmunya menusuk hingga ke lubuk jiwa yang paling dalam.

Demi Matahari dan sinarnya yang menerangi,
Demi Bulan apabila ia mengiringi
Demi Siang, apabila ia menampakkan dirinya
Demi Malam apabila dia menutupi.

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi Bumi serta yang ada di hamparannya
Demi Jiwa dan seluruh penyempurnaannya.

ALLAH mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

(Petikan dari surah As-Syam)

ALLAH SWT bersumpah sebanyak tujuh kali, bersumpah terhadap ciptaan-NYA yang maha besar seperti matahari, bulan, siang, malam, langit dan bumi. Menjelaskan secara tersirat bagaimana mereka tunduk dalam aturan-NYA. Allahu Akbar ... Subhanallah!


Bersambung tiga hari berikutnya, mulai hari ini hingga 06 Mei, kak anis akan mengikuti kursus profesionalisme untuk guru2 Penolong Kanan (Tadbir dan Akademik) dan Penolong Kanan Petang di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.

Ini bererti kak anis tidak berada di sekolah selama tiga hari. Murid2 di kelas2 yang kak anis ajar pun sudah faham, apabila kak anis mengedarkan kertas latihan yang banyak, maknanya ... cikgu akan pergi mesyuarat/kursus. Reaksinya, ada yang seolah 'tidak merelakan' kak anis pergi. Entah, mungkin berlakon jer kot! Hisy, tak baik prasangka!

Tapi tak kurang juga yang suka sampai bertepuk tangan bila dengar kak anis pergi kursus/mesyuarat. Jadi bila masuk ke kelas yg dah dijangka reaksi sebegitu, kak anis akan mulakan intronya begini: Saya ada berita gembira untuk awak ... saya akan pergi kursus! Jadi tepukan mereka, tiada ertinya lagi ...


Okey, hingga jumpa lagi. Insya-ALLAH.


Salam sayang,
kak anis

7 comments:

oldtown~Smell the Roses said...

Salam Kak Anis,
Bestnya dpt menghadirkan diri di mjlis kerohanian mcm ni.
Itulah lumrah sbg cikgu, tugasan di sekolah dan luar serentak.
Akak masih igt Nani?Nani ada hantar email kat akak sblom ni,berkenaan novel2 akak. Saya berada di Ireland sekarang, tak sabar utk dapatkan buku Sungguh Aku Cinta! Nampaknya perlu mencari seseorg utk poskan pd saya! Tahniah...komen dr peminat yg memberangsangkan buat saya tak leh duduk diam! take care!

anisayuni said...

Salam kembali. Moga Nani sihat sejahtera dan berbahagia. Alhamdulillah kita bertemu sekali lagi di ruang siber. Sungguh Aku Cinta boleh Nani dapatkan melalui pesanan pos terus kepada Alaf kerana kak anis belum nampak novel ni di kedai buku. Biasanya ambil masa sikit lepas Pesta Buku. Harap Nani boleh beri komen selepas membacanya nanti. Take care!

eL said...

Kak Anis dah pergi ESQ ye.

anisayuni said...

Emblem of Purity ... alhamdulillah kak anis megikuti kursus ESQ baru2 ni. Insya-ALLAH kalau ada kelapangan akan pergi pula utk recharge. Emblem dh pergi ke? Apa pendapat Emblem ttg ESQ?

RyN@DangAyang said...

salam Kak anis, dah dapat His invitation ye? alhamdulillah, semoga berjalan lancar, amin

I read ur latest book, satu kesederhanaan yang indah, suka sgt dgn jln cerita yang berjalan santai dan segemen ilmu yang tidak memaksa tu. ada beza dgn yang karya2 sblm ni. way to go... keep it up.

anisayuni said...

salam buat klavu, moga sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Terima kasih kr sudi luangkan masa baca SAC dan buat review.

bangibookseller said...

Sila berkunjung ke http://bangibookseller.blogspot.com/ untuk mendapatkan buku-buku bacaan umum dalam B. Inggeris. Buku kanak-kanak, remaja, dewasa, semua ada… Senarai lengkap sentiasa diupdate, kalau ada titles yg dikehendaki atau apa-apa pertanyaan sila email ke bangibookseller@yahoo.co.uk. Terima kasih.