Wednesday, March 25, 2009

Lagi kenangan di Sabah

Suasana di pasar. Ikan, udang, sotong dll dijual dengan harga yg murah berbanding di KL

Ikan tuna ni kalau dibuat gulai nasi dagang, alangkah enaknya!

Udang-udang segar mencetuskan idea untuk masak tomyam. Mula2 ingatkan gurauan aje, tak sangka Ratu Air Kelapa betul2 serius.

Aromanya ... yummy!! (Sebahagian udang dan sotong dah dikeluarkan kerana penuh periuk sampai tak muat nak masuk cendawan dan sayur)


Akhir sekali masuk sayur. Tomyam sedia untuk dimakan, tapi kelakarnya masa tomyam diceduk ke dalam mangkuk, tiba2 mangkuk bocor. Hahaha ... kami ketawa sampai guling2

Tuesday, March 24, 2009

Kenangan di Pesta Buku Sabah


Lynn Dayana, Aleya Aneesa, Kak Anis dan Ramlee Awang Murshid


Kak Anis dengan Syaz. Setelah bb kali bertemu di e-mel, akhirnya kami bertemu di KK. Terima kasih Syaz kerana sudi datang dan atas tanda mata yg comel.


Si comel ini bernama Nur Ifti Ayuni. Kata ibunya, sewaktu mengandungkan Ifti, dia membaca novel Manisnya Cinta yg watak utamanya diterajui Ifti Liyana.



Kak anis bersama dengan Joseph, peminat novel Manisnya Cinta. Pertemuan yg tidak Joseph sangka hingga seketika dia menjadi tidak tahu hendak berkata apa-apa. Tak percaya ya jumpa kak anis!

Buat Suriana dan Zuriani, terima kasih kerana tolong belikan udang segar. Terima kasih juga atas gelang kristal yg sangat cantik.

Buat semua peminat novel di Sabah, terima kasih atas pertemuan yang manis. Insya-ALLAH panjang umur kita jumpa lagi.

Sunday, March 1, 2009

Karnival mini Karangkraf


Kak anis bersama Serunai Faqir @ Khairul, penulis baru Alaf

Salam buat semua,

Memang teramat lama kak anis tak up-date n3 ... kali akhir tentang trip ke Turki. Sejak sebelum buka sesi persekolahan, mmg kak anis sentiasa sibuk. Tanggungjawab 4 dalam 1 membuatkan kak anis sentiasa mengejar masa.

Minggu lepas kursus 2 hari di Putrajaya. Sukan sekolah pada hari Jumaat di Stadium Bukit Jalil pun kak anis tak dapat pergi sebab perlu hadiri mesyuarat di jabatan. Karnival di Karangkraf kak anis jenguk sekejap pada hari Ahad (1 Mac) kerana dah janji dengan editor. Sambutannya memang meriah. kak anis dapat bertemu, beramah mesra dengan peminat novel yang singgah di gerai Alaf.

7 Mac nanti mesyuarat agung PIBG. Kemudian buat persediaan untuk pertandingan berzanji marhaban pada 28 Mac. April pula Hari Anugerah Cemerlang. Di samping semua tu dan mengajar, kena pula buat pencerapan pengajaran guru dan semakan buku-buku nota dan latihan secara berjadual. Banyak sungguh benda yang nak kena buat!

Jadi memang kak anis tak selalu dapat up-date blog dgn n3 terbaru. Bagi yang tak sempat dan terlambat kak anis balas e-mel dan tag board, seribu kemaafan kak anis pohon. Insya-ALLAH apabila ada kelapangan, kak anis akan balas.

Salam manis drp kak anis.

Tuesday, December 23, 2008

Saturday, November 8, 2008

Gambar-gambar di Agrotek Resort

11 Oktober 2008 - kak anis menyertai acara treasure hunt dari sekolah ke Agrotek Resort, Sungai Semungkis, Ulu Langat.






Pemandangan dari bahagian hadapan kawasan chalet yang terletak di kawasan berbukit


Padang kecil dengan tempat makan dipisahkan oleh sungai kecil. Kami menjamu selera sambil mendengar deruan air yang mengalir.

Friday, October 24, 2008

Diari RIMUP

Memang lama sungguh kak anis menyepi. Kata Mersik yang kak anis temui dalam jamuan hariraya Alaf semalam, rumah kak anis dah bersawang. Kesibukan membuatkan kak anis tak sempat singgah di 'rumah' sendiri, apatah lagi menjenguk ke rumah kawan-kawan. Malah ada hari-harinya langsung tak sempat nak sentuh laptop. Meskipun hanya guru di sekolah harian biasa, tapi 24 jam sehari penuh terisi dengan pelbagai perkara.

Sebagai urusetia program Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat kebangsaan, sebelum bulan puasa lagi dah kena hadiri banyak mesyuarat.

Seminggu selepas cuti raya, iaitu pada 11 - 12 Okt. 2008, kak anis ikuti program sekolah ke Agrotek Resort. Program 'wajib' untuk mencukupkan bilangan jam kursus yang dihadiri sepanjang tahun. Petang Ahad sesampai di rumah, hubby ajak ke rumah kakaknya di Damansara Heights untuk sama-sama meraikan hari ulang tahun ibunya ... rasa penat tolak ke tepi kerana nak beli jiwa ibu mentua. Sepatutnya semua mesti sampai sebelum pukul empat, tapi kami terlambat kerana pergi beli kek dulu... perkara yang kak anis fikir patut hubby uruskan lebih awal, tapi rupa2nya nak pergi beli sama2 juga.

Isnin sekolah macam biasa. Bebudak Tingkatan 3 exam PMR. Sunyi sikit sekolah kerana ada kelas2 yang diberi cuti.

Selasa kak anis hadiri bengkel menangani stres di jabatan.

Rabu kak anis menghadiri taklimat program RIMUP di Dewan OCM.

Khamis - mesyuarat RIMUP di Hotel Olympic.

Jumaat pergi sekolah, tapi sebelah malamnya ke Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane untuk bantu persediaan program.

Sabtu 18 Okt - juga ke sana dan sebelah petang sempat singgah sekejap di jamuan hariraya rumah pengetua.

Ahad 19 Okt - seawal jam 8.30 pagi, kak anis dah berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pendaftaran peserta dan majlis perasmian program. Jumlah peserta lebih kurang 700 orang yang dipilih dari sekolah2 di seluruh negara. Majlis perasmiannya hebat dan diakhiri dgn semua peserta menaiki LRT ke tempat penginapan di Hotel Olympic dan Darul Puteri. Pukul 6 ptg, kak anis sampai di rumah. Terima mesej perlu hadiri mesyuarat di bilik gerakan pukul 9.30 malam. Aduii ... Jadi kuatkan hati meredah hujan lebat. Habis mesyuarat kul 11.45 mlm ...


Isnin 20 Okt - seawal jam 7 pagi, kak anis bertugas di bilik gerakan. 1.30 ke Memorial Tun Abdul Razak untuk meninjau perjalanan program Jejak Sejarah. 4.30 ptg kak anis balik dalam keadaan kepala yang sangat berat ... Kak anis telan panadol. Tidur sekejap sebelum hubby ajak hantar Danial ke pusat tuisyen di USJ kerana kalau tak ikut sekali nanti kak anis tak tau jalan nak ke sana untuk menjemputnya pada sebelah malam kr hubby perlu hadiri jamuan di Hotel Istana. Malam kak anis tak pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan kebudayaan kerana tak sihat dan perlu jemput Danial.

Selasa 21 Okt - kak anis ke PPR Jelatek untuk memantau perjalanan program Masih Ada yang Sayang, Khidmat Bakti dan acara sukaneka. Malam ke Stadium Badminton Cheras untuk jamuan makan malam negeri.

Rabu 22 Okt - kak anis bertugas di bilik gerakan. 6 ptg ke Stadium Putra untuk membantu persediaan majlis makan malam perpaduan bersama Menteri Pelajaran.

Khamis 23 Okt - 8.30 pagi di Stadium Putra untuk majlis Lambaian Pulang peserta2 program. Lepas tu kak anis ke jamuan hariraya Alaf

Jumaat 24 Okt - sekolah spt biasa. Ada 4 bungkusan jawapan Sejarah (peperiksaan akhir tahun) di atas meja yang perlu ditanda dan diberi markah. Objektif, struktur dan esei. Arghhh!!

Sabtu 25 Okt - insya-ALLAH akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Nurul Adila (adik arwah Damit). Cadangnya tak bermalam ..

Ingatkan selepas program RIMUP, kak anis dah boleh tarik nafas lega dan boleh beri tumpuan pada penulisan, tapi dah terima pula surat arahan untuk menghadiri kursus di Cherating, Kuantan bermula 29 Okt - 1 Nov.

Untuk ke sekian kalinya, saya yang menurut perintah. Tapi macam nak juga cuba nasib tak akur pada arahan ni ...